Tuesday 29 December 2009

Muhasabah Akhir Tahun..


BUAT RENUNGAN DIRI INI DAN BERSAMA

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Hendak Ke Kelas Pun Malas

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Amar Makruf Nahi Mungkar Pun Tak Nak

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Sedangkan Ikhtilat Tidak Dijaga

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Masih Assobiyyah


Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Ibadah Dan Amalan Masih Seperti Dahulu

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Masih Layan Tv , Komputer, Movie Dan Game Dgn Alasan Nak Release Tension

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Cinta Dunia Masih Menempati Hati Berbanding Cinta Allah Dan Rasulnya

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Sibuk Update Isu Semasa Berbanding Membaca Al Quran 1juz Sehari

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Tidak Berdakwah Pun

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Masih Layan Muzik-Muzik Yang Lagha

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Sering Beralasan Untuk Dakwah Dan Jihad

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Masih Ada Karat Jahiliyyah Dihati Tanpa Usaha Membuangnya

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Sedangkan Kadar Ibadah Kita  Sangat Menyedihkan

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Ukhuwah Hanya Untuk Kepentingan Sendiri Bukan Kepentingan Ummat

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Namun  Sering Tinggal Qiamullail Bebanding Mengamalkannya

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Kita Sering Menyalahkan Orang Lain Berbanding Diri Sendiri

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Kita  Lebih Banyak Berdakyah Berbanding Berdakwah

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Masa Rehat Lebih Banyak Berbanding Masa Belajar

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Untuk Berinfaq Saja Kita Sudah Kikir

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Sedangkan Hidup Kita  Masih Senang Lenang Dan Mewah

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Kita Sudah Menganggap Diri Sendiri  Mulia Sedangkan Kita Harus Lebih Tawadhuk

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi  Jarang Sekali Menangis Untuk Bertaubat

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi  Masih Seronok Dengan Maksiat Di Sekitar Kita

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi Tidak Rasa Apa-Apa Bila Berbuat Maksiat

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi  Masih Malas Mencari Ilmu Allah

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Jarang Sekali Muhasabah Diri Sendiri Tetapi Sering Menasihati Orang Lain

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi  Masih Berpakaian Tidak Senonoh

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Namun Akhlak Tidak Ada Apa Yang Berubah

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Namun Kita Sering Lalai Dan Leka Berbanding Insaf Dan Sedih

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
 Kita Lebih Sibuk Bersama Keluarga Berbanding Bersama Ummat

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Kita Masih Pentingkan Diri Sendiri Berbanding Kepentingan Ummat

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi  Masih Ragu Dengan Apa Yang Kita Infakkan


Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Sedangkan Hafalan Quran Saja Pun Masih Jauh Lagi

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Namun  Masih Terasa Asing Dengan Perkataan Berdakwah Apatah Lagi Melakukannya

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi  Masih Mengumpat Dan Mengeji Orang

Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam,
Tapi  Masih Lagi Seperti Dahulu  


Betulkah Kita Seorang Mahasiswa Islam..???

Tepuk Dada Tanya Iman..
Wallahu 'alam..




Sunday 27 December 2009

Usrah TerBaik..

Bismillah arRahman arRahim..


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
                                                                                                                                        [al-Hujurat:13]


Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah atas nikmat IMAN dan ISLAM yang masih diberikan kepada kita..andaikata kita hidup di dunia ini tanpa 2 nikmat tersebut, maka kita adalah orang yang paling rugi di dunia  lebih- lebih lagi di akhirat kelak..


Pada 23 Dis lalu, saya telah mengadakan sedikit kenduri untuk menyambut ulangtahun kelahiran saya yang ke-20..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tetapi ramai yang terasa hati sebab saya tidak menjemput mereka..aduh..pening saya..maaf la kawan- kawan ya sebab tak ajak walaupun sebenarnya niat memang nak ajak tapi oleh sebab yang tertentu, niat terpaksa ditangguh..Insyaallah next year..



Sehari selepas itu, hati ini terasa seakan- akan ada sesuatu yang tidak kena saja..tetapi apa ya??..


"Dr. Bukhari, nak mintak tolong sikit..leh tak datang ke rumah kami sekarang..baba duk mengamuk apa ntah..tak tahan dah ni..," kata salah seorang tulang belakang disebalik kejadian..


"em..ada masalah apa??"


"..ntah la..Dr. datang la sini..tension baba duk ngamuk ni..dia cakap 'faturah' [resit] apa ntah.."


Jadi, saya pun bergegas la ke tempat kejadian..kemudian kelihatan adik yang menelefon tadi sedang menunggu di bawah..saya diiring ke atas rumah..tiba- tiba..


"Dr. Bukhari!!! simpan henset..maalish!!! [maaf dalam bahasa 'ammiah mesir]..bush!!! [bunyi air]..haha.."


habis basah kuyup saya dibuatnya..dah la pada waktu itu saya memakai jubah putih dengan berkopiah putih dan memakai sweater..habis 'basah lencun' dibuatnya..


"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...."


Adeh budak- budak ni..memang nak kena sungguh!!! tapi apa pun, semuanya sangat indah..walaupun baru 3 bulan kami kenal dalam usrah, tak sangka bahawa anak- anak usrah saya dah mampu untuk buat 'kejutan' sebegitu..terima kasih ye anak usrah..ana uhibbukum fillah..


Sambil- sambil kami menjamu selera dengan juadah 'nasi Bukhari, ayam Hanif', kami semua dihiburkan dengan dendangan lagu yang diyanyikan spontan oleh anak usrah saya iaitu Hanif dan Naim.. peristiwa tersebut sangat indah dalam hidup saya..terima kasih ye semua adik- adik usrah tercinta..


[gambar atas; dari belakang (kiri): Hashif, Faizudin Shah, Umar, Zaid, Naim, Faiz Izzudin.. duduk dihadapan (kiri): Syafiq, Safwan, Sobri, Bukhari, Hanif, Mukmin]





"kusangkakan cerah sampai ke petang, rupa- rupanya mendung ditengah hari.."





Tak cukup  hanya dengan simbahan air..pada tanggal 26 dis, satu tarikh yang sangat bersejarah..kerana saya merasakan bahawa sayalah insan yang paling putih di muka bumi ini..seluruh badan saya dipenuhi dengan tepung..


Jikalau 2 hari sebelumnya saya hanya disimbah dengan air..tetapi pada babak kali ini, saya bukan sahaja disimbah dengan air bahkan dibaling dengan tepung..yang paling bestnya, sampai masuk mata la katakan..bayangkanlah betapa pedihnya mata ini..aduhhhh..


Sungguhpun terasa pedih, tapi saya rasakan inilah balasan yang setimpal saya terima kerana sebelum- sebelum ini, saya adalah antara orang yang merancang untuk kenakan ahli usrah yang lain..memang sayalah yang kena sambutan yang paling teruk antara kami semua..tapi tak mengapa..kita tunggu dan lihat siapa mangsa seterusnya..hoho..


Jadi, beginilah ukhwah yang kami bina walaupun baru hanya 3 bulan dan setahun berkenalan..moga- moga Allah memelihara ukhwah ini sehingga ke akhirat nanti..Insyaallah.. 

Doa Rabitah


sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan




kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalanNya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami




lapangkanlah dada-dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
hidupkan dengan makrifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela

*Kepada anak usrah dan ahli usrah, terima kasih atas segalanya..ANA UHIBBUKUM FILLAH ABADAN ABADA..


Wallahu 'alam..





Thursday 24 December 2009

"Sedetik Bersama Seabad Terasa"


Bismillah arRahman arRahim..

Alhamdulillah..Maha Suci Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya..

23 Dis adalah satu tarikh yang mana termaktubnya hari kelahiran saya..semalam merupakan hari yang sangat indah dalam hidup saya walaupun terasa sedikit keletihan..

Pada mulanya, saya tidak bercadang untuk menyambut ulangtahun kelahiran saya tetapi atas desakan kawan- kawan yang "memaksa" saya untuk membelanja mereka, jadi apa salahnya jika saya membelanja bukan setakat mereka, bahkan kawan- kawan dan ahli usrah saya juga..so, save la sikit bajet..[maaf ye..hihi]

Pada petang itu, saya masih lagi berada dalam kelas psikologi dan pada waktu itulah saya berbincang dengan Naim tentang menu apa untuk dijamu pada sambutan malam nanti..lalu terasa lama tidak menyantap "mee kari''..so, kami decide untuk membuat mee kari sebagai menu utama pada malam itu..[teringat mee kari yang mama buat..sedap hingga menjilat sudu]

Jadi, selepas habis kelas psikologi dalam pukul 3.45 ptg, saya, Naim dan Farhan bergegas untuk pergi membeli bahan- bahan masakan..manakala Wan Faiz dan Abdul Hakim pula ke Mahattah untuk membeli k*k..dalam perjalanan, saya menelefon ahli bait yang merupakan tukang masak pada malam itu..

"salam..Hadi..nak mintak tlg ckit.."

"apa dia??"

"em..satgi kalau boleh ana nak buat sambutan birthday kat rumah..so, ana nak lamar tuk jadi tukang masak leh dak??"

"OK ja.."

"so, nak beli apa??"

"enta nak buat menu apa..so beli bahan- bahan tuk tu ja la.."

"ok..baik.."

So, saya pun pergilah ke kedai untuk membeli bahan- bahan untuk memasak..bila masuk ke kedai Baba Yasir, hajat di hati nak beli ayam beku tapi sudah kehabisan stok..so, sebagai gantinya, saya pun beli la tisu..[tiada kaitan pun sebenarnya]..

Kemudian, selepas selesai beli bahan, kami pun memulakan acara memasak mee kari..Ust Mursyid menjaga bahagian potong ayam, Farhan dan Naim bahagian rebus mee manakala saya pula bahagian ajak kawan- kawan untuk datang jamuan..ada sebahagian kawan- kawan yang datang awal tapi tak boleh makan lagi sebab makanan belum terhidang..jadi, acara menyembang mengambil tempat..


Malam itu dirasakan sangat seronok kerana ukhwah yang terbina sejak datang ke Mesir ini semakin kukuh..antara yang hadir pada malam itu ialah ahli usrah, anak usrah, kawan- kawan terdekat dan tidak dilupakan VIP yang turut hadir iaitu dr. Syamsul Bakri (Pengerusi Perubatan Zagazig), ust Hanif ( Pengerusi DPMZ merangkap naqib) dan ust Nik Rosdi (naib Presiden II PMRAM) yang secara kebetulan datang ke Zagazig walaupun niat sebenarnya nak datang sambut birthday saya..hihi..

Acara pada malam itu dimulakan dengan membaca surah al-Fatihah sebagai pembuka majlis yang dipengerusikan oleh dr. Nazirul..kemudian dijemput dr. Syamsul untuk memberikan sedikit ucapan..

"..ana mewakili seluruh pelajar PERUBATAN di Mesir mengucapkan selamat hari lahir..semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.."

Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan dari ust Nik Rosdi..

"..kalau dr. Syamsul mewakili seluruh pelajar PERUBATAN di Mesir, ana pula mewakili seluruh mahasiswa di Mesir mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran.."

Acara diteruskan lagi dengan ucapan dari ahli bait yang diwakili oleh dr. Irfan Aqli..[ucapan tidak dapat disiarkan dalam blog kerana terlalu ringkas sehinggakan tidak sempat didengari oleh semua yang hadir..hihi]..Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan dari birthday boy..

"Alhamdulillah..pertama- tama sekali, marilah kita memnajatkan kesyukuran pada Allah kerana pada malam yang indah ini, dapat lagi kita bertemu dalam majlis yang sederhana ini..apa pun, ana mengucapkan terima kasih kepada kawan- kawan yang sudi datang untuk menghabiskan makanan..act, boleh saja kalau ana nak sambut dengan ahli bait sahaja tetapi kita saja untuk adakan majlis ini untuk kita sama- sama meraptakan lagi ukhwah yang terbina antara kita..kalau kita lihat, antara yang hadir terdiri daripada pelajar tahun 1, 2 dan 4 serta tidak dilupakan dari pelajar- pelajar al-Azhar..moga- moga hubungan ini akan berkekalan..insyaallah..sekali lagi ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu..wallahu 'alam.."

Selepas mendengar ucapan dari saya, sampailah ke acara yang paling dinanti- nanti iaitu acara memotong kek..selesai saja saya memotong kek..belum sempat lagi untuk memasukkan kek ke dalam mulut, kek sudah memenuhi muka saya..nasib baik telur yang dibeli tadi sudah habis saya rebus..kalau tidak, semakin dasyatlah muka saya pada malam itu..

Begitulah serba sedikit cebisan kenangan yang terpalit dihati ini..moga- moga ukhwah yang terjalin ini mendapat keredhaan Allah SWT..terima kasih kepada semua yang sudi membantu daripada mula sehinggalah selesai majlis..semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran syurgaNya yang tertinggi..

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk"
                                                                                                                                        [ali-imran: 103]

Saya juga memohon maaf kepada semua yang tidak sempat untuk saya jemput...Insyaallah jika diberikan peluang dan rezeki yang lebih, Insyaallah saya akan menjemput semua yang mengenali diri ini..

Untuk akhirnya, bersempena ulangtahun kelahiran saya yang ke-20 ini, saya memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat- sahabat yang mengenali diri ini..

Wallahu 'alam..

Tuesday 22 December 2009

Menyingkap Rahsia yg Tersembunyi..



Bismillah arRahman arRahim..

KAGUM DENGAN PEREMPUAN:-

1. Perempuan selalunya amat cemerlang dalam akademik berbanding lelaki..ini kerana perempuan begitu tekun terhadap subjek yang diajar manakala lelaki selalunya begitu tekun memberi tumpuan kepada guru terutamanya guru perempuan yang mengajar..

2. Perempuan selalunya serius dalam sesi perbincangan, manakala lelaki amat serius menyampuk semasa sesi perbincangan dengan pelajar perempuan tadi..

3. Perempuan selalunya hadir awal ke kelas, manakala lelaki pula selalu datang awal dan balik pun awal..

4. Perempuan rajin membuat ulangkaji serta latihan, manakala lelaki rajin menyuruh perempuan buat ulangkaji atau latihan untuk mereka..

5. Majoriti perempuan adalah ulat buku, manakala lelaki pula kebanyakannya adalah ulat bulu..

6. kepekaan perempuan amatlah tajam..sebab itu kalau perempuan mencari sesuatu barang kejap ja dapat..tapi kalau lelaki pula mencari barang, sampai berjanggut pun tak jumpa walaupun barang itu ada bersebelahan dengannya..

Kesimpulan: perempuan sangat bagus..


BIJAKNYA LELAKI:-

1. Jika baju lelaki berkedut, dia akan mengatakan bahawa dia tidak sempat menggosok baju walaupun lelaki itu tidak tahu seterika baju..tapi jika baju perempuan berkedut dengan alasan tak sempat nak gosok, ini adalah karut kerana perempuan tidak akan pakai baju yang berkedut..hoho

2. Jika lelaki tidak tukar pakaian selama 2-3 hari, lelaki akan berkata bahawa kedai dobi tutup atau tak sempat nak basuh , tak pun disebabkan cuaca yang tidak elok..tapi jika perempuan tidak tukar pakaian kalau dah lebih sehari, ini pun karut kerana perempuan ni, kalau boleh satu hari pun nak tukar pakaian beberapa kali..hoho

3. Jika lelaki malas menghadiri sesuatu majlis, lelaki akan berkata bahawa dia tidak ada kasut yang sesuai untuk dipakai..tapi jika perempuan kata dia tiada kasut yang sesuai dipakai untuk sesuatu majlis, ini dah merapu..cuba cek rak kasut mereka..sebut saja nak kasut yang mana satu..hoho

4. Jika lelaki tidak membeli baju untuk jangka masa yang lama, lelaki akan berkata baju yang lama masih elok dan selesa dipakai..tapi jika perempuan tidak membeli baju untuk jangka masa yang lama, bunyinya agak aneh kerana perempuan selalunya "up-to-date"dengan fesyen pakaian..hoho

5. Ada sesetengah lelaki amat mengambil berat soal pemakanan dan hanya memilih untuk makan makanan yang tertentu sahaja..jadi tidak hairan jika lelaki pantang makan itu dan ini demi menjaga kesihatan badan..begitu juga dengan perempuan, mereka pun begitu mengambil berat soal pemakanan mereka dan memilih makanan..tapi bukan untuk kesihatan badan, tapi untuk bentuk badan..hoho

Kesimpulan: alasan lelaki memang sangat kukuh dan logik..hoho

Sekian dahulu..

Sunday 20 December 2009

Perjuangan Belum Selesai..



Bismillah arRahman arRahim..


"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tugasan melibatkan agama) kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu kerana mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"
[al-Ahzab: 72]


Alhamdulillah..segala puji hanya layak untuk Allah..hari ini saya ada cerita untuk dikongsi..

"Dengan kuasa yang masih ada pada ana, dengan ini secara rasminya, ana membubarkan SISWA AQ Zagazig sesi 08/09"

Alhamdulillah..kurang satu beban yang dipikul..apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi nakhoda kapal Akademi al-Quran Zagazig walaupun hanya selama setahun..

Act, setelah 2 bulan saya menghantar email kepada en. Shirajuddin ( peg. pendaftar AQ) untuk meletakkan jawatan, akhirnya baru semalam saya mendapat jawapan atas permintaan saya itu..kepada para peg. AQ, saya memohon jutaan kemaafan andaikata perletakan jawatan saya ini memberi 1001 masalah kepada anda..

sahabat- sahabiah yang saya kasihi sekalian

Sebelum meletakkan jawatan semalam, saya sempat untuk mengubah beberapa portfolio SISWA AQ yg saya rasakan sangat penting untuk meningkatkan kreadibiliti ajk SISWA AQ sendiri..antaranya ialah meletakkan unit perhubungan dibawah tugasan ketua, menggabungkan unit kebajikan dengan sukan, dan juga menggabungkan unit dakwah dengan akademik..

Saya merasakan bahawa perubahan portfolio ini sangatlah sesuai dengan kondisi para pelajar di Zagazig sendiri..saya bercakap atas dasar pengalaman dan perincian yang saya telah lakukan setelah setahun memegang portfolio sebagai ketua pelajar Akademi al-Quran Zagazig..cuma apa yang saya harapkan ialah kerjasama daripada muka- muka baru agar dapat menjaga keharmonian hidup di Zagazig..

Dengan erti kata lain, saya telah naik jawatan kepada penasihat..hoho..Insyallah saya akan cuba lakukan apa yang termampu untuk membantu..tetapi, saya sangat mengharapkan ajk yang bakal naik nanti memahami kondisi bumi Zagazig sebelum membuat apa- apa keputusan..dan sekiranya saya merasakan sesuatu program atau perancangan yang boleh mengganggu- gugat keharmonian hidup di Zagazig, saya tidak teragak- agak untuk menjadi orang pertama yang akan membangkang..

Cumanya, nasihat saya agar kita sebagai hamba Allah yang telah diberikan tanggungjawab ini janganlah kita merasakan bahawa kita sudah cukup hebat..



"Jawatan itu bukanlah suatu tashrif (kemuliaan) tetapi sebaliknya ialah suatu taklif (tanggungjawab) yang akan disoal kelak"

Oleh itu, janganlah kita terlalu seronok kerana beroleh jawatan umpama kera mendapat bunga..sangat berat sebenarnya untuk kita memegang jawatan ini..adakah kita yang Allah dah beri peluang dengan platform jawatan ini mampu untuk menjalankan amar maaruf dan nahi mungkar..sepertimana sabda baginda Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya berbunyi:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran (maksiat), hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, hendaklah dia mencegahnya dengan lisan (percakapan/teguran), jika tidak mampu, hendaklah dia mencegahnya dengan hati (benci), dan itulah selemah- lemah iman"

Hadis ini perlulah difahami dengan mendalam..mana mungkin seseorang itu akan menggunakan kuasanya untuk mencegah kemungkaran andaikata dia sendiri tidak mempunyai kehendak dalam hatinya..oleh itu, perlulah difahami bahawa untuk mencegah kemungkaran, kita perlulah mulakan dengan hati yang kemudiannya kepada lisan dan jika kita mempunyai kuasa maka perlulah kita menggunakan kuasa yang ada untuk mencegah kemungkaran tersebut..

Janganlah kita menjadi orang yang kufur nikmat apabila kita yang memegang jawatan ini menjadi salah seorang yang menggalakkan kemungkaran itu berlaku..oleh kerana itulah jawatan menjadikan kita sebagai orang yang paling bertanggungjawab untuk kita menjaga diri kita dan kawan- kawan yang lain dari terjebak dalam perkara- perkara yang tidak sihat ini..ingatlah satu hadis nabi yang mafhumnya ialah:

"setiap orang ialah pemimpin dan kelak dia akan ditanya akan apa yang dipimpin"

Akhir sekali, marilah sama- sama kita berdoa kepada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan dan mendapat hidayah petunjuk daripadaNya..




"Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnattiba'ah, waarinal baatila batilan warzuqnajtinabah..[ya Allah, Engkau tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu suatu kebenaran dan kurniakan kepada kami peluang untuk mengikutinya, dan Engkau tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu suatu kebatilan, dan berilah kekuatan untuk kami menjauhinya]"

Wallahu 'alam..

Friday 18 December 2009

Hari yang Indah..


Bismillah arRahman arRahim..

Hari ini sungguh menyeronokkan..seperti biasa, selepas solat subuh, saya mulakan hari dengan alunan ayat- ayat suci al-Quran yang sangat indah..kemudian, menyiapkan diri untuk ke Kejohanan Futsal Inter Smart Circle yang dianjurkan oleh Organisasi Perubatan Zagazig..

Hidup secara bermasyarakat di sini sungguh bermakna kerana dapat kenal dengan berbagai ragam makhluk ciptaan Allah..SUBHANALLAH..barulah saya sedar bahawa di dunia ini, sangatlah penting untuk kita bersama- sama dengan kawan- kawan yang lain agar diri kita sentiasa bebas dari segala masalah..

Antara perkara yang menarik dalam kejohanan pada kali ini berbanding kejohanan sebelum- sebelum ini ialah sambil asyik dengan perlawanan futsal antara Smart Circle (SC), semua peserta yang hadir tidak terlepas untuk mengadakan SC..sudah pastinya amat ganjil bilamana orang lain sibuk untuk bermain tetapi ada pula yang berkumpul, bersama- sama bercakap dan memikirkan tentang Islam..

"Ya Allah, Kau teguhkanlah ukhwah di antara kami..amin"

Baru sebentar tadi, kami beramai- ramai sambut birthday seorang sahabat..meriah sungguh sambutan tadi..ada mee goreng, ayam goreng, buah dan yg paling penting sekali of course la KEK..hihi..apa pun thanks la tuan rumah ye sebab sudi jamu kami makan..

Hari ini dah masuk 1 Muharam..so semua orang dah mula pasang azam baru..jadi, saya pun perlu perbaharui azam juga...tp apa ei???

1. saya akan melakukan perkara maaruf dan akan cuba meninggalkan perkara mungkar..
2. saya juga akan cuba untuk mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah orang lain kepada           kemungkaran
3. mengulang al-Quran sekurang- kurangnya sejuzu' sehari..
4. belajar bersungguh- sungguh untuk mencari ilmu Allah di bumi anbia' ini dan di mana sahaja..
5. saya akan cuba untuk meningkatkan lagi amal ibadah kepada Allah..
6. saya akan terus memperjuangkan agama Allah selagi mana saya mampu..

semuanya INSYAALLAH..saya akan cuba untuk lakukan apa yang telah saya azam sempena tahun baru ini..moga- moga Allah membantu apa yang telah saya azamkan ini.. 

"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini."
                                             

                                                                                                                         [al-Kahfi: 23 &24]


Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang roh, kisah ashhabul kahfi (penghuni gua) dan kisah Dzulqarnain lalu beliau menjawab, datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan tetapi baginda tidak mengucapkan Insya Allah (ertinya jika Allah menghendaki). Apabila sampai besok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pelajaran kepada Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut Insya Allah haruslah segera menyebutkannya kemudian..begitulah juga dengan diri kita yang selalu lupa ini..

Moga- moga Allah sentiasa menurunkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita yang lemah ini..amin.

wallahu 'alam..












Thursday 17 December 2009

Maal Hijrah Kembali Lagi..

BismillahirRahmanirRahim..

Alhamdulillahi hamdan kathira, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan seluruh alam..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan Baginda, kita dapat menikmati nikmat iman dan islam pada hari ini..

Maal Hijrah kembali lagi..

Sebenarnya, Maal Hijrah memberi peluang kepada kita untuk sama2 mengingati tentang bagaimanakah pengorbanan Nabi Muhammad SAW yang bersusah payah merentasi panas padang pasir, semata- mata untuk membawa dan memastikan bahawa panji Islam terus mekar di seluruh pelusuk dunia..cuba kita bayangkan betapa besarnya kasih sayang dan cinta Baginda terhadap Islam sehinggakan sanggup untuk meningkalkan tanah tumpah darah Baginda demi untuk menegakkan kalimah Laailahaillallah.. Apa yang sedihnya ialah kita pada hari ini langsung tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama kita..cuba lihat dan cermin diri kita pada hari ini..kita yang mengaku sebagai seorang Muslim, kita yang mengaku bahawa kitalah yang hendak membawa Islam tetapi LIHATLAH kembali siapakah KITA sebenarnya..benarlah sabda Baginda yg mafhumnya berbunyi:

"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing(orang yang masih melaksanakan amar makruf nahi mungkar) yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
"



Oleh kerana itulah, bilamana tibanya awal Muharam, kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun..

DOA AKHIR TAHUN....

"Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.



[Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu.
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau]"
***( Doa akhir tahun dibaca waktu Asar, sesudah solat Asar atau sebelum waktu maghrib)



DO'A AWAL TAHUN....

"Bismillaahirohmaanirrohiim . wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama."



[Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau]
Amiin ya robbal 'alamiin...

***(Doa ini dibaca setelah sholat maghrib)


Jadi, marilah kita sama- sama berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan memperbanyakkan doa bersempena awal Muharam ini..sepertimana firman Allah dalam surah Ghafir ayat yang ke 60 yang mafhumnya berbunyi:


"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan doa permintaanmu"

Wallahu 'alam..

Sunday 13 December 2009

salam permulaan..


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

salam ceria..marilah sama2 kita memanjatkan setinggi2 penghargaan dan ucapan Alhamdulillah kerana pada hari ini, dapat lagi kita menghirup udara segar secara percuma tanpa mengira di manakah kita sedang berada..

rasa syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi atas peluang yg diberikan kepada saya utk belajar berdakwah secara moden..moga2 blog ini dapat memberi manfaat kepada semua yg membacanya..

"belajar dari pengalaman semalam utk menyusun strategi pada hari ini demi mencapai kemenangan pada hari esok"

sekian dahulu..
to be continue..