Monday 29 November 2010

ISLaM dan DEmOKraSI

Islam dan Demokrasi
Perkataan demokrasi berasal dari bahasa Yunani “demos” (rakyat) dan “kratos” (kekuasaan). Aristoteles menulis dalam bukunya “Organon”, mendefinisikan pemerintahan demokrasi sebagai “ penguasaan dalam pemerintahan yang dibahagi-bahagikan menurut pemilihan atau kesepakatan”.

Ibn Rusyd (Averroes) seorang ahli falsafah Islam Andalusia yang termasyur sekaligus pensyarah buku-buku Aristoletes menterjemahkan demokrasi sebagai “politik kolektif” (as-siyasah al-jama’iyah).
Manakala dalam ilmu sosiologi pula, demokrasi adalah cara hidup yang berpijak pada sikap egaliter(mengakui persamaan darjat) dan kebebasan berpikir.

Meskipun demokrasi merupakan perkataan kuno, namun demokrasi sekarang merupakan istilah yang merujuk kepada eksperimen orang-orang Barat dalam bernegara sebelum abad ke-20.
Orang-orang Islam pula mengenal erti demokrasi sejak zaman transliterasi buku-buku Yunani pada zaman Abbasiyah. Seterusnya perkataan itu menjadi perbahasan pokok para ahli falsafah muslim zaman pertengahan seperti Ibnu Sina (Avicenna), dan Ibn Rusyd ketika membahaskan karya-karya Aristoteles.

Istilah demokrasi dalam sejarah Islam tetaplah asing, kerana sistem demokrasi tidak pernah dikenali oleh kaum muslimin sejak mula lagi. Orang-orang Islam hanya mengenal kebebasan (al hurriyah) yang merupakan tiang utama demokrasi yang diwarisi semenjak zaman Nabi Muhammad (SAW), termasuk di dalamnya kebebasan memilih pemimpin, mengelola negara secara bersama-sama (syuro), kebebasan mengkritik penguasa, dan kebebasan berpendapat.

Sikap bebas dan demokratis merupakan ciri kehidupan yang semakin hilang daripada sebagian besar ummat Islam pada saat ini, baik dalam masyarakat mahupun negara.

Nabi Muhammad (SAW) dan Sikap Demokratis.
Buku-buku sejarah mencatatkan bahwa, selain mementingkan hal-hal agama, Nabi Muhammad (SAW) juga merupakan tokoh yang demokratis dalam semua hal. Bahkan ketika terjadinya masalah-masalah yang tidak mempunyai sandaran keagamaan (wahyu) beliau bersikap demokratis dengan bertanyakan pendapat para sahabatnya, sehinggalah Allah menurunkan wahyu arahan ketetapanNya.

Sikap demokratis Nabi Muhammad (SAW) ini barangkali merupakan sikap demokratis pertama di Semenanjung Arabia, di mana masyarakat padang pasir bersikap paternalistic iaitu masih menjunjung tinggi status-status sosial klan, dan non-egaliter.

Antara contoh yang menunjukkan bahwa Nabi Muhammad (SAW) merupakan seorang demokratis adalah :
Ketika Nabi Muhammad (SAW) diminta suku-suku Arab menjadi penguasa sivil (non-agama) di luar status baginda sebagai pemegang otoritas agama, baginda mengambil pernyataan setia orang-orang yang ingin tunduk dalam kekuasaan baginda sebagai tekhnik memperoleh legitimasi kekuasaan. Pernyataan setia ini dikenal dalam sejarah Islam sebagai “Bai’at Aqabah I & II”. Dari titik ini para ulama Islam sejak dulu menegaskan bahwa kekuasaan pada asalnya di tangan rakyat, kerana itu kekuasaan tidak boleh dipaksakan tanpa ada kerelaan dari hati rakyat. Pernyataan kerelaan itu dinyatakan dalam bentuk “pernyataan setia” atau bai’at.

Berdasarkan prinsip ini maka ajaran Islam menolak kudeta atau merebut kekuasaan secara inkonstitusional, kerana kudeta merupakan bentuk pernyataan sepihak sebagai penguasa. Sedangkan legitimasi kekuasaan harus diperoleh dari rakyat secara sukarela tanpa ada paksaan sedikitpun.

Setelah Nabi Muhammad (SAW) bermigrasi ke Madinah, beliau mengarahkan seorang budak kulit hitam Ethiopia yang bernama Bilal menjadi muazzin. Posisi ini merupakan sebuah kedudukan prestisius bagi seorang budak kulit hitam dalam belantara kabilah-kabilah Arab yang terhormat.

Selain itu, ketika baginda membentuk negara pertama dalam Islam, iaitu negara Madinah yang pelbagai agama, Baginda tidak menggunakan Al Quran sebagai konstitusi negara Madinah kerana Al Quran hanya untuk orang-orang yang mempercayainya, yaitu kaum muslimin. Baginda menyusun “Piagam Madinah” berdasarkan kesepakatan bersama orang-orang Yahudi sebagai konstitusi negara Madinah. Sewaktu mentadbir negara Madinah ini, baginda memperkenalkan konsep “bangsa” (al ummah) sebagai satu kesatuan warga negara Madinah tanpa membezakan asal-usul suku sekalipun.

Nabi Muhammad (SAW) mendirikan negara Madinah ini berdasarkan kontrak sosial (al ‘aqd al ijtima’i) antara kaum muslimin dengan kaum Yahudi, Kristian, dan kaum Arab pagan yang berdiam di Madinah. Piagam Madinah terdiri daripada prinsip-prinsip interaksi yang baik antara penganut agama dengan saling bantu-membantu menghadapi musuh yang menyerang negara Madinah, menegakkan keadilan dan membela orang yang teraniaya, saling menasihati, dan menghormati kebebasan beragama.

Sewaktu Perang Badar, perang pertama kali dalam sejarah Islam antara kaum muslimin dengan orang-orang Arab pagan, Nabi Muhammad (SAW) telah meninggalkan pendapatnya dan mengambil pendapat sahabatnya dalam menyusun strategi perang yang jitu.
Namun,kebebasan dan sikap demokratis mulai hilang dalam Islam seiring dengan berakhirnya kekuasaan khalifah keempat iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.

Sebab-Sebab Hilangnya Demokrasi dari Masyarakat Islam.
Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab hilangnya kebebasan dan demokrasi dari masyarakat Islam.
Faktor pertama adalah kerana kekejaman para pemimpinmuslim pada masa lalu. Sikap despotis(zalim) ini telah membentuk sebuah masyarakat yang miskin tata Negara kerana para ilmuwan muslim tidak banyak menulis perihal sistem pemerintahan dan pembahagian kekuasaan yang ideal, akibat kerasnya tekanan pemimpin.

Faktor kedua adalah hilangnya sistem konstitusi sebagai tempat berpijak bagi kehidupan bernegara. Tradisi membangun konstitusi sebenarnya telah diajarkan oleh Nabi Muhammad (SAW) tatkala membangunkan negara Madinah. Konstitusi negara Madinah bernama “Piagam Madinah” (Watsiqah Al Madinah) hingga kini masih dapat dijumpai dalam sejarah Islam. Namun entah mengapa tradisi berkonstitusi ini hilang dari kenegaraan kaum muslimin. Hilangnya tradisi konstitusi ini bermakna hilangnya demokrasi dan timbulnya pertumpahan darah yang berlaku pada setiap kali peralihan kekuasaan.

Faktor ketiga adalah pengekangan kebebasan yang merupakan tiang utama demokrasi. Setiap penguasa Islam pada masa lalu (hingga saat ini) memilih mazhab atau aliran agama tertentu sebagai aliran rasmi negara dengan menyingkirkan aliran-aliran lain. Sebagaimana pada beberapa kurun dahulu Dinasti Abbasiyah yang bermazhab Mu’tazilah (rasionalis), Dinasti Fatimiyah di Mesir bermazhab Syi’ah. Begitu juga dengan negara-negara Islam moden, seperti Kerajaan Arab Saudi dan Iran.

Pengekangan kebebasan ini pada satu cara untuk memperoleh sokongan dan legimitasi dalam rangka memperkuatkan kekuasaan. Namun di sudut yang lain, keadaan ini merupakan pemusnah kebebasan. Penerimaan ataupun penolakan sebuah aliran keagamaan dalam tradisi asli Islam bukanlah dengan menggunakan kekuasaan dan politik, melainkan melalui tradisi keilmuan dalam bentuk dialog, debat, dan retorika dengan dalil-dalil ilmiah yang meyakinkan.

Faktor terakhir adalah sikap beragama yang menyimpang di kalangan kaum muslimin. Sikap beragama yang menyimpang ini pada akhirnya menimbulkan ekstrimitas iaitu ekstrim dalam berinteraksi dengan keduniaan dan esktrim tidak peduli dengan urusan keduniaan.

Sikap ekstrem pertama menumbuhkan despotism (kezaliman) jika berkuasa, dan sikap ekstrem kedua pula tidak mempedulikan hal-hal dunia. Kedua sikap ini kontraproduktif, kerana Nabi Muhammad (SAW.) mengajar kita keseimbangan hidup antara urusan dunia dan akhirat. Wallahu’alam

Tuesday 16 November 2010

MALAYSIA VS MAKKAH

Isu Raya Haji & Wuquf Berbeza Malaysia & Mekkah


Konsep Penentuan Awal Bulan Islam 
Dan Hari Kebesaran Islam Di Malaysia
Oleh : Bahagian Falak Syar'ie, Jabatan Mufti Negeri Selangor 
eid6
1. PENDAHULUAN
Penentuan awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.
Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.
Berdasarkan pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:-

a) Rukyah ( melihat anak bulan ) semata-mata.
b) Hisab Falak semata-mata.
c) Rukyah dan Hisab dengan menggunakan criteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( Hilal ).
Wujudnya perbezaan amalan dan cara di atas, adalah daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan.Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan cara penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah.
Tujuan penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai cara penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang di amalkan di Malaysia dan asas-asas yang digunakan dalam melaksanakan kaedah tersebut.
2. DALIL-DALIL SYARAK MENGENAI PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH.
Nas Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan panduan menentukan awal bulan atau waktu-waktu terutama dalam melaksanakan ibadat.
a) Firman Allah SW.T Surah Al-Baqarah ayat 189:
Maksudnya:
"Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit.Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadah haji......."
Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:
Maksudnya:
"Berpuasalah kamu kerana melihat Hilal dan berbukalah kamu kerana kamu melihat Hilal.Bila Hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh".
Pendapat Ulama' Daripada Kitab-kitab Muktabar.
Daripada Kitab Bidayatul Mujtahid dari Juzuk pertama
( muka surat 242-243 ).
Maksudnya:
"Bila Hilal ditutupi awan, maka ia kembali kepada Hisab yang berdasarkan bulan dan matahari, itulah mazhabnya Muttarraf Bin Suhair, beliau termasuk ulama' besar tabi'in dan Ibnu Suraj bercerita daripada Imam Syafie bahawa Imam Syafie berkata; orang yang mazhabnya itu mengambil pedoman dengan bintang-bintang dan kedudukan bulan kemudian jelas baginya menurut dalil tersebut, bahawa bulan telah boleh dilihat tetapi tertutup oleh awan, maka orang tersebut boleh melaksanakan puasa dan cukuplah baginya".
Berdasarkan dalil-dalil Al-quran, Hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, penyelesaian jalan tengah dengan cara rukyah dan hisab adalah menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir kepada kehendak syarak.
3. FAKTOR PERSELISIHAN
3.1) Punca-punca perselisihan berlaku dari segelintir rakyat Malaysia yang dikenali dengan kumpulan Islah.Golongan tersebut tidak menerima pengisytiharan rasmi Hari Raya Korban Kerajaan Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada tahun 2000 dan 2001 Miladiah yang lalu.Golongan tersebut menyambut Hari Raya Korban berdasarkan pengisytiharan Wukuf di Padang Arafah oleh Kerajaan Arab Saudi.
3.2) Perselisihanjuga berlaku kerana terdapat kekeliruan pendapat pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf), sunat berpuasa pada hari tersebut dan ganjaran pahalanya sama dengan setahun beribadah. Kebanyakan rakyat malaysia terkeliru dan tidak mengetahui kaedah dan syarat-syarat penetapan awal bulan Zulhijjah yang digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

4. RASIONAL DARI SUDUT MATLAK ( TEMPAT TERBIT ) DI MALAYSIA.
4.1) Kerajaan Arab Saudi menggunakan matlak dengan kaedah rukyah semata-mata, terbuka kepada semua rakyatnya.Sesiapa yang melihat Hilal Zulhijjah boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab atau berkuasa dengan saksi.
Kerajaan Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah dengan mengambil kira matlak negara-negara MABIMS.Pada 29 Zulkaedah semua tempat cerapan rasmi sebanyak 26 tempat di seluruh Malaysia akan dicerap oleh Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dengan menggunakan peralatan moden seperti teleskop digital dan teodolit.
4.2) Terdapat perbezaan matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla' Malaysia.
4.3) Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla' atau kawasan lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.

5. HUKUM PUASA DAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN
Umumnya, masyarakt Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.
Daripada Abi Qatadah yang berbunyi :-
Maksudnya:
Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi S.A.W. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Banginda menjawab : Ia menghapuskan dosa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.
(Riwayat Muslim)
Sekiranya diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan juga perbezaan matla'. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwin sebenar kita di Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.
Faktor kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kreteria Imkanur rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah jangkaan kenampakan anak bulan atau Imkanur rukyah yang mengikut syarat berikut :-
Ketika matahari terbenam.
a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°
Dan
b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°
Atau
c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.
6. ASAS PERTIMBANGAN KEPUTUSAN PERLU DI KEKALKAN.

6.1) Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkanurrukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.
6.2) Bedasarkan keputusan Majlis Raja-Raja Malaysia dan persetujuan Mufti seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi penetapan awal Zulhijjah seperti penetapan awal Ramadhan dan awal Syawal dengan melihat anak bulan di tempat rasmi seluruh Malaysia.
6.3) Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama (5) lima jam berdasarkan GMT Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi (3) tiga jam.
7. PENUTUP
Amalan Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Keputusan ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang. Wallahua'lam.
Disediakan oleh:
Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Thursday 4 November 2010

Pendang oh Tanah Air Ku..


Semoga korang ceria membaca lawak jenaka baru nie…pening gak kepala si cashier melayan karenah pakcik sorang nie………..

“sebenarnya dah lama aku nak cereta pasal kewujudan KFC kat sebuah daerah paling maju di negara kedah,pendang…gila kentang sungguh..sejak dibuka sampai harini..KFC pendang dah mencapai tahap jualan tertinggi diantara banyak banyak kfc kat negara kita.see..betapa orang pendang lapar ayam..3 kaunter full berbaris hingga ke pintu setiap masa setiap hari sejak dibuka..perghhh..pernah tengok kfc kat tempat lain camni?kalau pernah anda dikira beruntung..aku tak pernah tengok lagi..ni fes time tengok..mula mula aku tengok keadaan ngeri ni time cuti raya haritu terus dalam minda terdetik..”fenomena celaka apakah ini??shait!”..ya laa…selalu duk makan ikan puyu,pucuk selom,jantung pisang rebus.ikan lampan perkasam..sesekali ada kedai jual ayam goreng salut tepung rangup..semua rakyat pakat celapak biawak la..
aku sebagai wartasawan yang ditugaskan oleh diri sendiri menerjah selaju cahaya ketempat kejadian..takdak kasi can..menyakar taya kereta pi ke lokasi terbabit untuk lihat dengan mata kepala seniri lalu menemubual beberapa kastemer kat KFC itu..tapi temubual perkara biasa..masuk ja aku terus gelak..haremmm..macam kami duk bincang dulu..mesti cleaner lagi ramai dari cashier..btol..mana tak ramainya..balik dari memukat masuk kfc.balik dari bawa kobota masuk kfc.yang pi kutip skrap pon singgah kfc sebelum balik..jenuh cuci lantai la..kalini aku port btoi2 depan cahsier..pura2 amik straw tapi curi2 dengar perbualan antara kastemer dengan cashier..

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

huuu..aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung.baguih gak..depa kena sekali camtu..lama lama kFC tu semakin berkurang la..huu..tu tak buka McD,Pizza,Kenny Roger apa lagi..kalau tak lagi teruk..aku rasa..si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org..kalau hampa tak caya keadaan ni..hampa pi la pendang tengok..sampai sekarang tak surut..dan dengar cereta..coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau..manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”

sumber: facebook..