Alhamdulillah, segala pujian hanyasanya untuk Allah, Tuhan sekalian makhluk yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. syukur saya ucapkan kepadaNya kerana dengan limpah dan inayahnya dapat lagi saya meneruskan DAKWAH CARA MODEN ini..
Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman selama saya pergi berjaulah ke Dumyat dengan ahli usrah yang tercinta dalam program usrah yang kami rancang iaitu "Family Day Ashabul Wadud"..
Pada mulanya kami semua merancang untuk berkumpul di Masjid Mawaf Mansurah untuk solat maghrib jama' dengan isya'.. tetap seperti biasalah "janji Melayu".. ada saja yang datang lewat tapi tidak mengapa kerana inilah caranya Allah menguji ukhwah kami.. kemudian kami bertolak ke Mansurah sebagai satu tempat transit dari Zagazig untuk ke Dumyat..
Kami tiba di Dumyat selepas 3 jam perjalanan.. Apabila tiba disana, perkara pertama yang kami cari semestinya KEDAI MAKAN..alhamdulillah terdapat banyak kedai makan di sana.. kedai yang menjadi pilihan kami ialah Hadaralmaut yang menyediakan santapan berupa nasi[perut orang melayu..hoho]..
Kemudian, kami pun bergerak ke tempat tidur iaitu di Markaz DPM Dumyat..[guna link pengerusi DPMZ..hoho].. sebaik saja tiba disana, ramai yang mengambil tempat tidur masing- masing kerana semuanya kelihatan letih..jam menunjukkan pukul 12.30 mlm..
Pada keesokan harinya, kami memulakan acara kami dengan solat subuh secara berjamaah, dan hari itu ialah hari Jumaat.. jadi kami bersama- sama menunaikan sujud sajadah yang diimamkan oleh saya sendiri..
Selepas sarapan pagi, kami meneruskan agenda kami dengan bertolak ke kawasan pantai untuk sama- sama berjihad mengutip kerang.. pada mulanya, semua adik- beradik usrah kelihatan kecewa kerana kerang yang dicari belum ditemui..sejauh 3km perjalanan mencari kerang tetapi kerangnya hanya sedikit sahaja..bahkan ada orang lain yang datang lewat dari kami mendapat kerang jauh lebih banyak dari kami..sabar ja la..
Setelah dirasakan agak jauh kami berjalan, akhirnya benda yang dicari baru dijumpai.. kerang pertama kami agak besar membuatkan kami terasa excited untuk teruskan jihad mencari kerang.. apabila letih berjalan mencari kerang, sampai di suatu kawasan, saya hanya berdiri di tepi pantai dan berzikir sekadar untuk tidak membuang masa begitu sahaja.. "LAA ILAHA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN".. zikir yang saya amalkan.. Tanpa diduga, kerang yang tadinya kami sibuk mencari tiba- tiba datang bergolek- golek di celah kaki saya..
SUBHANALLAH.. sungguh hebat ciptaan Allah.. saya pun memberitahu kawan- kawan yang lain untuk berzikir sambil mencari kerang.. mereka pun mengalami benda yang sama dengan saya.. bayangkan betapa hebatnya fadhilat jika kita sentiasa berzikir/ mengingati Allah..
Selepas selesai acara menutip kerang, kami berhenti solat Jumaat.. kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke kawasan bernama Ra'sul Bar..kawasan pertemuan Sungai Nil dan laut Mediteranean.. Maha Suci Allah.. benarlah firman Allah dalam kitab suci al-Quran yang diturunkan dengan penuh mukjizat..
"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
[arRahman: 19-21]
Kelihatan seperti ada satu garisan yang membataskan antara laut dan sungai tersebut.. cukuplah sekadar dapat melihat dari perbezaan warna dan rasanya sahaja pada waktu senja itu membuktikan bahawa memang benar akan apa yang telah diceritakan oleh Allah dalam al-Quran yang diturunkan 1400 tahun yang lepas.. Maha Suci Allah, Sebaik- baik Pencipta..
Setelah puas mangambil gambar di sana, kami pun bertolak pulang ke bumi tercinta, Zagazig..
Program Family Day kami belum tamat setelah kami selamat sampai di zagazig.. acara diteruskan dengan acara masak secara bergotong- royong.. sebelum pulang dari Dumyat, kami sudah mengupas sedikit kerang dan membahagikan yang selebihnya.. Jadi menu kami masak pada malam itu ialah Nasi Lemak Sambal Kerang Ashabul Wadud..
Begitulah serba sedikit pengalaman dan kenangan saya bersama adik- beradik usrah di bumi Anbia' ini.. semoga ukhwah yang terjalin berkekalan hingga ke akhirat nanti..Insyaallah..
Satu hadis Nabi yang mafhumnya berbunyi:
Wallahu 'alam..
10 comments:
kenangan bersama yg xdpt dilupakan..lg2 time kne campak kt laut..hahaha..
from:ikhlas...
cam kenal ja spa kena campak tu..hoho
Slm. nak copy bleh?
ai la lan ni..copy je keje..bt sndri la..huhu..:P
seronok ea??
kenapa archi xda masa nak pi jaulah best cam tu??
jealous2...
lan: silakan..tp pastikan taruk link blog ana..
xie: tu la pasal..orang suh ambik medic x nak..padan muka..hoho
kan da ckp..xbest sama..asyik2 muka nie..xda muka lain...boring2..archi nie..seme smart2..hoho
buleh laa post..
ade gambar ana jd smart posting nii..hehe..
teruskn usaha ya akhii..
Subhanallah..
Berdasarkan apa yang ana lihat dan baca, dapat ana simpulkan.
Mantoppnya ukhuwah antum!
Tahniah dan teruskan agar tiada penghujungnya^^
STRIVE FOR MARDHOTILLAH~
~best citer ni~
Post a Comment