Alhamdulillah..
segala pujian hanyalah layak untuk Allah semata- mata.. syukur kehadratNya
kerana Dia masih lagi mengurniakan nikmat Iman dan Islam yang mana 2 nikmat ini
sangat bernilai bagi seseorang yang mendambakan kehidupan yang bahagia di syurga
kelak.. 2 nikmat ini jika kita bandingkan dengan nilai sebuah kehidupan itu
sendiri, jauh lebih berharga kerana andaikata kita hidup didunia ini tanpa 2
nikmat ini, maka dimanakah kedudukan kita di akhirat nanti..??
Sidang pembaca
sekalian..
Cuti musim sejuk
adalah suatu nikmat yang sangat menyeronokkan.. walaupun ‘winter break’ ini
tidaklah terlalu lama, ianya sudah memadai bagi insan- insan yang inginkan
kerehatan selepas bersusah- payah dan berhempas pulas menjawab peperiksaan
pertengahan tahun ataupun lebih dikenali sebagai ‘mid-year exam’..
Ramai yang merancang
agenda- agenda yang menarik untuk diri sendiri.. apabila saya melihat ke
kalendar PERUBATAN yang telah saya tandakan dengan program- program cuti yang
telah saya rancang, saya mendapati bahawa cuti 2 minggu ini sangat padat.. ada
saja program- program yang saya sertai.. antaranya ialah:
6.2.10
: MAT PERUBATAN
8-10.2.10 : Jaulah ke Semenanjung Sinai
12-13.2.10 : Explorace dan SUKEZ’10
13-14.2.10 : Daurah kitab tasawuf &
Kolukium Ilmuan
16.2.10 : Madrasah Imam Syafie
17-18.2.10 : Seminar Perubatan ke-3
19.2.10 : Zagazig Premier League
(futsal)
Walaupun jadual
winter break pada kali ini sangat sarat dengan program tetapi saya berasakan keseronokan
yang teramat kerana masa cuti saya tidak habis begitu sahaja.. banyak perkara
yang berfaedah yang boleh saya lakukan.. sepertimana firman Allah yang
mafhumnya:
”Maka
apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhan kamulah hendaknya
kamu berharap”
(al-Insyirah; 7-8)
Sahabat- sahabat yang saya kasihi sekalian..
“amar makruf nahi mungkar itu ialah suatu rahmat dan peluang kepada kita untuk beribadah”
Saya tertarik kepada kata- kata seorang
ulama’ kotemporari bernama Syeikh Rahimuddin bin Nawawi al-Banteni.. beliau
menyatakan bahawa dalam kita beramal dengan konsep amar makruf nahi mungkar,
kita seringkali memikirkan bahawa amar makruf nahi mungkar itu ialah satu
tugasan yang sangat berat dan menyusahkan kita.. ketahuilah bahawa hakikat
sebenar amar makruf nahi mungkar itu ialah suatu rahmat dan peluang yang telah
Allah berikan kepada kita untuk beribadah..
Dalam kita asyik melakukan amar makruf nahi
mungkar, perlulah bagi kita sebagai seorang yang membawa Islam sedar dan
menjaga adab- adab dengan orang yang kita hendak ajak kepada kebenaran dan yang
paling penting sekali ialah adab kita dengan Allah.. kita perlu sedar akan apakah
perkara- perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah dalam usaha
untuk mengajak golongan- golongan yang dilalaikan oleh hasutan syaitan ini..??
bagaimanakah cara kita mengajak..??
“Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan contoh
teladan yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang
yang mendapat petunjuk”
(an-Nahl:
125)
Analogi bagi sesiapa yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar adalah seperti diberikan kepada mereka sebidang tanah.. maka mereka bercucuk tanam dengan sendirinya.. dan mereka juga yang akan menuai dan mendapat seluruh keuntungan daripada apa yang mereka telah lakukan itu.. begitulah perumpamaan yang menunjukkan bahawa tugas amar makruf nahi mungkar ini bukan hanya terletak kepada unit HISBAH, JAKSI atau NGO yang lain semata- mata bahkan kepada kita semua yang mengaku sebagai orang ISLAM.. sepertimana satu hadis nabi yang mafhumnya berbunyi:
“Sesiapa
yang mengucapkan Laa ilaha illallah maka dia ialah seorang pendakwah”
Perlulah difahami bahawa setiap dari orang
yang mengaku dia ialah Islam, tidak dapat tidak dia termasuk dalam golongan
yang mengucapkan kalimah tauhid tersebut.. jadi tidak dapat dinafikan lagi
bahawa tugas amar makruf nahi mungkar itu ialah tanggungjawab kita bersama..
“Janganlah kita menjadi golongan yang menyusahkan orang lain yang memikirkan dan mencari penyelesaian terhadap apa yang kita telah lakukan atas keseronokan dan kepentingan diri kita sendiri”
Moga- moga kita menjadi golongan yang
memudahkan orang lain dan bukannya menjadi golongan yang menyusahkan orang lain
yang akhirnya akan menimbulkan persengketaan dan tidak puas hati.. sama- samalah
kita muhasabah diri dan berubah demi kepentingan ISLAM tercinta.. Untuk
akhirnya, saya ingin berkongsi motto hidup saya dengan anda semua..
“Dimana bumi dipijak, di situ ISLAM
dijunjung”
Wallahu ‘alam..
No comments:
Post a Comment