Alhamdulillah..wasolatu wasalam ‘ala rasulillah…bersyukur
kepada Allah kerana dengan limpah rahmatNya dapat lagi kita meneruskan
perjuangan di muka bumi yang fana ini..
Sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian..
Hari-hari yang berlalu terasa terlalu cepat berputar.. pejam
celik sudah hampir ke penghujung tahun kedua pengajian sebagai pelajar
perubatan.. Alhamdulillah kehidupan di bumi Zagazig ini tidaklah terlalu sibuk
dan agak nyaman berbanding dengan tempat lain.
Dalam nyenyak kedamaian pada waktu sekarang, ramai yang
sudah mula membicarakan tentang pilihanraya PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ)..
mungkin kerana terlalu seronok dengan penubuhan cawangan tidak lama lagi,
maklumlah sebelum ini kami hanya bernaung dibawah Organisasi PERUBATAN Zagazig
(OPZ).
Dalam kita sibuk memikirkan siapakah yang bakal menjadi
pimpinan, adakah kita semua benar-benar hadam tentang apakah itu sebuah
organisasi, kepimpinan, anggota dan apakah tanggungjawab kita terhadap sesebuah
organisasi???
Organisasi bolehlah
diertikan sebagai suatu pergerakan yang mempunyai struktur pentadbiran yang
kemas, tersusun dan terancang dengan sistematik untuk mencapai matlamat yang
diimpikan..
Louis
Allen, seorang Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi berpendapat bahawa:
"organisasi adalah merupakan mekanisme yang membolehkan anggota dalam sesebuah
organisasi bekerja bersama dengan cekap"
Dari perspektif
Islam pula, organisasi merupakan suatu gerakan yang diwujudkan
untuk memenuhi kehendak dan cita-cita manusia yang berfungsi sebagai khalifah Allah di alam
sejagat ini untuk terus mendaulatkan Islam sebagai alternatif kehidupan.
Saidina Umar al-Khatab pernah berkata yang bermaksud:
“Tiada
Islam kecuali dengan Jamaah (organisasi), tiada jamaah kecuali dengan pimpinan,
dan tiada kepimpinan kecuali dengan ketaatan”
Peranan
Pimpinan
Antaranya ialah mahir dalam selok-belok organisasi yang
dipimpin dan sentiasa memikirkan dan menjaga kebajikan ahli.. kedua-dua elemen
in sangat penting dalam kehidupan
sebagai seorang pemimpin yang terbaik.. apalah gunanya nilai seorang pemimpin
andai kata dia hanya memikirkan hal ehwal peribadinya sahaja tanpa memikirkan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.. ringkasnya, terlalu banyak tanggungjawab
sebagi seorang pemimpin dari segala aspek.
Saidina Umar al-Khatab pernah berkata:
“kalau
rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasanya. Kalau rakyatku
kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir menikmatinya”
Pemimpin sebeginilah yang kita idam-idamkan..
Peranan anggota
Sebagai seorang yang menyokong gerak kerja Islam, seorang
pengikut atau ahli perlulah taat dan patuh pada arahan pemimpin selagi mana
arahan tersebut tidak lari dari Islam sepertimana firman Allah dalam surah
an-nisa’ ayat yang ke 59 yang mafhumnya:
“Hai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah dan taatilah RasulNya, dan
ulil amri (pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat
tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul
(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang
demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”
Sebagai
seorang ahli yang prihatin dan bijak, seharusnya kita terbuka dalam memberi kritikan membina kepada
pimpinan selagi mana kita menjaga adab-adab apabila mengemukakan hujah-hujah
tersebut. Hal ini sangat penting dalam pengurusan dan kelancaran sesebuah
organisasi kerana kadang-kadang pemimpin terlepas pandang akan kesilapan yang
mungkin dia tidak sengajakan.. Cuma perkara yang paling penting yang perlu
diberikan perhatian di sini ialah kritikan
membina yang hendak diberikan mestilah terdapat padanya adab-adab yang perlu
dijaga.
Akan
tetapi apabila sampai suatu tahap pemimpin ditohmah, kita sebagai orang yang
dipimpin perlulah bingkas bangun membela pimpinan jika mereka kita tidak
bersalah.. perkara ini sangat penting dalam kehidupan berorganisasi.
Pilihan raya Perubatan Cawangan Zagazig
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat
kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk
memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah
amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”
(al-Ahzab: 72)
Apabila
sebut tentang pilihan raya, sudah semestinya terdapat di situ proses
pencalonan.. ada juga sahabat yang bertanyakan kepada saya tentang siapakah yang
bakal menjadi pengerusi dan exco PCZ???
Pada pandangan
peribadi saya, saya merasakan bahawa perlunya pemimpin yang matang sebagai
seorang khalifah yang memimpin sesebuah organisasi. Kehidupan sebagai seorang
pemimpin tertinggi sangatlah menakutkan kerana amanah yang
dipertanggungjawabkan adalah sangat besar. Hanya orang yang tergila-gilakan
kuasa sahaja yang merasakan bahawa jawatan adalah segala-galanya.
“jawatan merupakan suatu taklif (tanggungjawab),
bukannya tashrif (kemuliaan)”
Bagi
saya, calon pemimpin yang saya idamkan untuk membawa misi dan visi PCZ sudah semestinya orang yang boleh
diharapkan.. maksud saya, orang yang saya rasa paling layak untuk menjadi
pemimpin sesebuah organisasi ialah orang yang selalu memberikan dokongan dan sokongan
kepada organisasi tersebut.. tidak perlulah saya menyebut siapakah yang
dimaksudkan cumanya saya ingin menegaskan di sini bahawa mana mungkin orang
yang selalu mengkritik membuta-tuli dan tanpa hujah yang kukuh mampu dan layak
untuk dinaikkan sebagai pemimpin untuk sesebuah organisasi.. mungkin sebelum
ini saya ada menyebut berkenaan perlunya ahli memberikan kritikan membina atau
muhasabah kepada pimpinan jika kritikan tersebut dapat memperelokkan hala tuju organisasi tersebut tetapi perlulah diingatkan
disini bahawa ianya penuh dengan adab-adab terhadap pimpinannya.
Hujah
saya ialah mana mungkin seorang yang jarang atau tidak pernah menyertai program-program sesebuah organisasi layak untuk memimpin organisasi tersebut. Bagi
saya, orang yang sentiasa memberikan sokongan dan membantu adalah calon yang
paling layak untuk dinaikkan sebagai pemimpin.. hal ini kerana kita dapat
berfikir dengan logik bahawa jikalau sebelum seseorang itu dinaikkan sebagai
pemimpin, dia sudah mampu memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap
organisasi, apatah lagi jika dia pula yang memimpin organisasi tersebut..
matematiknya mudah, kan begitu???
Akan tetapi,
perkara yang paling penting sekali ialah
keinginan dan keazaman untuk membawa Islam adalah yang paling utama.. bila mana
sudah mendapat jawatan, perlulah difikirkan bagaimanakah caranya seorang
pemimpin hendak membawa Islam dalam corak kepimpinannya. Tiada gunanya jika
kita diberi peluang dengan adanya jawatan tetapi tiada sedikit pun perasaan
ingin untuk membawa Islam sebagai cara hidup yang perlu diterapkan.
Konklusi
Saya sangatlah
berharap agar kita yang akan ditanya kelak akan apa yang telah lakukan, melaksanakan
tanggungjawab kita dengan sebaiknya. Berkenaan pencalonan dan pilihanraya PCZ
yang bakal menjelang ini, sama-samlah kita membuat pilihan yang terbaik kerana
masa depan PCZ terletak pada diri anda semua melalui pilihanraya pada kali ini.
"seribu langkah ke hadapan bermula dengan langkah yang pertama"
Jika mampu,
sebelum kita pergi mencalon atau mengundi, sebolehnya kita lakukanlah solat
sunat istikharah agar pilihan yang kita buat benar-benar mendapat petunjuk dari
Allah. Semoga pilihan yang kita lakukan ini adalah yang terbaik untuk
kegemilangan Islam pada masa hadapan.
“jika tidak mampu menjadi pendokong kepada
Islam, jadilah penyokong kepada Islam tetapi janganlah sama sekali kita menjadi
pengongkong kepada Islam”
Wallahu
‘alam..
No comments:
Post a Comment