Bismillah arRahman arRahim..
Sesuatu
yang berharga utk dikongsi bersama...
Luangkan masa kalian untuk
membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya
tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya
Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr
seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui
mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama
yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku',
jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika
khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari
nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan
Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun
kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30
juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3
tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya.
Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan
ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah.
Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi
contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran
dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar
tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni
memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun
yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian
belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut
sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas
makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya
hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak
terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri
atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13
kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3
kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang
hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan
qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti
diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama
pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak
berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg
faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang
lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya,
setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi
Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama
tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan
sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu'
dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk
berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada
yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri,
justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk
pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin
dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya
mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus
hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."
Kemudian
beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya
dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward
message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau
nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya
utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam
11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah,
beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai
telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat
asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan
banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah
dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali,
kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak
dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik
sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya
melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama
ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan,
"Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi
rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas
bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda,
rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda.
Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di
masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi
s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin"
(sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara
Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di
seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan
dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan
di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg
enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di
dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika
Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal
ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya
Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian
Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan
Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w.
kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak
jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci
mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau
merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi.
Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda
kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti,
apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin
saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar
daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi
oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya
"Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para
sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat
ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi.
Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita
amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat
Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu,
tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan
pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada
dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya
sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya
ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau
sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya
yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali
ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai
solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau
merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh
tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan
menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk
diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding
nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."
Kemudian
beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat
yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya
Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa
malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat
orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan;
"Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam
buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr,
ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina
Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau
nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya,
Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan
Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan;
"Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian
keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:
"Dan
mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan
Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg
kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan
pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal
keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan
'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah
kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang
(dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka
tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan
izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak
memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang
siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat
keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka
yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai
membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang
sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu
itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah
s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih
ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah
ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian,
para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai
mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk.
Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah .
Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn
mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah,
penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira
dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'.
Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya
Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku
menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."
Beliau
berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia
sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat
Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya.
Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan
mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan
tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa
beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian
akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali
akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
Keperibadiannya
indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek
kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia
berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya
adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga
yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang,
hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya
suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul
didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air
mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang
tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh
Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui
ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw,
"bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua
adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat
aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu
bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang
beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam
penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaian
air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah
ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah
dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya,ana
sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi
Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar
zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat
kelak..wallahu'alam..(*_*)
This message is intended only for the
personal and confidential use of
the designated recipient(s) named
above. If you are not the intended
recipient of this message you are
hereby notified that any review,
dissemination, distribution or
copying of this message is strictly
prohibited.
p/s:
jika
saudara/saudari ingin copy dan paste kedalam blog, harap tidak
dinyatakan sumber dari blog ini.. Perkongsian yang aried buat ini telah
disalah tafsir oleh sesetengah pihak tanpa sebab munasabah.. Aried
harap, tiada lagi mereka yang berfikiran negatif dan ingin dinyatakan
bahawa perkongsian ini sebagai 1 peringatan kepada kita semua dan semoga
kita semua mendapat keinsafan... Tetapkan hati kepada yang SATU...
Allahuakhbar...
Sumber dari :
http://www.ar-rifke.com/2010/04/kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi.html#ixzz0kRNInBzu