"Seorang professor
fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam
Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif
dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas
positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan
lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda
professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat
lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat
yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat
kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak
kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai
kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas
yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku,
semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan
kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh
kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu,
kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan
penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak
semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada
proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita
kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih
lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang
berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa
Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di
sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu
agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu
merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.
Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
No comments:
Post a Comment