"Assalammualaikum
dan Salam Sejahtera,
Disini ingin ana kongsikan sebuah tazkirah ramadhan yang telah disampai oleh seorang Ustaz di Masjid kampung ana, yang ana rasa agak menarik dan bersesuaian dengan sambutan aidilfitri (insya'ALLAH) pada tahun ini. Ana pasti, ramai yang sudah mengetahui akan hukum-hakam perkara yang ingin ana kongsikan ini, tetapi insya'ALLAH ianya dapat membantu mereka yang masih belum mengetahuinya, iaitu apakah hukumnya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) yang jatuh pada hari Jumaat. Adakah WAJIB kita mengerjakan Sholat Jumaat pada hari tersebut atau tidak, setelah menunaikan sholat Aidilfitri pada hari tersebut?
Berikut adalah FATWA-FATWA yang telah diputuskan oleh beberapa Mazhab/Imam mengenai perkara tersebut.
Imam
Syafie:
Gugur kewajiban sholat Jumaat, setelah menunaikan Sholat Aidilfitri.
Imam
Malik:
Wajib menunaikan kedua-duanya.
Imam
Ahmad:
Gugur kewajiban sholat Jumaat, sekirannya sholat Aidilfitri ditunaikan. TETAPI
imam perlu mendirikan sholat Jumaat supaya yang ingin hadir Jumaat dapat
melaksanakannya.
Imam
ibnu Tamiyyah:
Gugur kewajiban sholat Jumaat dan Zohor, sekiranya sholat Aidilfitri
ditunaikan.
Imam
Hambali, dan kebanyakkan Imam-Imam: Wajib menunaikan sholat Zohor,
sekiranya sholat Jumaat digugurkan.
Kesimpulan:
1)
Majoriti mengatakan Sholat Jumaat tersebut TIDAK WAJIB dilakukan
sekiranya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) telah dilakukan pada hari
tersebut, TETAPI ianya adalah WAJIB bagi lelaki Muslim yang bermaustautin
dan ahli Qariyah setempat tersebut. TETAPI adalah menjadi keWAJIBan
untuk menunai sholat Zohor sekiranya tidak menunaikan sholat Jumaat.
Seperti yang diketahui, sholat Jumaat adalah tidak wajib bagi beberapa
golongan, iaitu kaum wanita, lelaki bermusafir, hamba dan lelaki yang uzur
sya'rie.
2)
Perbezaan Pandangan atau Pendapat dan juga MAZHAB/Imam didalam Islam bukannya
masalah, TETAPI ianya adalah satu RAHMAT
Tambahan:Adab-adab
sholat Aidilfitri (atau Aidiladha)
1.
Disunatkn makan sedikit terlebih dahulu sebelum sholat Aidilfitri (sholat
Aidiladha sebaliknya).
Rujukan:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aidilfitri-dan-aidiladha-jatuh-pada-hari-jumaat
http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Fadilat/20090819135229/Article/
http://muslim06.blogspot.com/2009/12/solat-zohor-tidak-wajib.html
http://al-fikrah.net/News/print/sid=175.html"
No comments:
Post a Comment