Islam dan Demokrasi
Perkataan demokrasi berasal dari bahasa Yunani “demos” (rakyat) dan “kratos” (kekuasaan). Aristoteles menulis dalam bukunya “Organon”, mendefinisikan pemerintahan demokrasi sebagai “ penguasaan dalam pemerintahan yang dibahagi-bahagikan menurut pemilihan atau kesepakatan”.
Perkataan demokrasi berasal dari bahasa Yunani “demos” (rakyat) dan “kratos” (kekuasaan). Aristoteles menulis dalam bukunya “Organon”, mendefinisikan pemerintahan demokrasi sebagai “ penguasaan dalam pemerintahan yang dibahagi-bahagikan menurut pemilihan atau kesepakatan”.
Ibn Rusyd (Averroes) seorang ahli falsafah Islam Andalusia yang
termasyur sekaligus pensyarah buku-buku Aristoletes menterjemahkan
demokrasi sebagai “politik kolektif” (as-siyasah al-jama’iyah).
Manakala dalam ilmu sosiologi pula, demokrasi adalah cara hidup yang berpijak pada sikap egaliter(mengakui persamaan darjat) dan kebebasan berpikir.
Meskipun demokrasi merupakan perkataan kuno, namun demokrasi sekarang
merupakan istilah yang merujuk kepada eksperimen orang-orang Barat
dalam bernegara sebelum abad ke-20.
Orang-orang Islam pula mengenal erti demokrasi sejak zaman
transliterasi buku-buku Yunani pada zaman Abbasiyah. Seterusnya
perkataan itu menjadi perbahasan pokok para ahli falsafah muslim zaman
pertengahan seperti Ibnu Sina (Avicenna), dan Ibn Rusyd ketika
membahaskan karya-karya Aristoteles.
Istilah demokrasi dalam sejarah Islam tetaplah asing, kerana sistem
demokrasi tidak pernah dikenali oleh kaum muslimin sejak mula lagi.
Orang-orang Islam hanya mengenal kebebasan (al hurriyah) yang merupakan
tiang utama demokrasi yang diwarisi semenjak zaman Nabi Muhammad (SAW),
termasuk di dalamnya kebebasan memilih pemimpin, mengelola negara secara
bersama-sama (syuro), kebebasan mengkritik penguasa, dan kebebasan
berpendapat.
Sikap bebas dan demokratis merupakan ciri kehidupan yang semakin
hilang daripada sebagian besar ummat Islam pada saat ini, baik dalam
masyarakat mahupun negara.
Nabi Muhammad (SAW) dan Sikap Demokratis.
Buku-buku sejarah mencatatkan bahwa, selain mementingkan hal-hal agama, Nabi Muhammad (SAW) juga merupakan tokoh yang demokratis dalam semua hal. Bahkan ketika terjadinya masalah-masalah yang tidak mempunyai sandaran keagamaan (wahyu) beliau bersikap demokratis dengan bertanyakan pendapat para sahabatnya, sehinggalah Allah menurunkan wahyu arahan ketetapanNya.
Buku-buku sejarah mencatatkan bahwa, selain mementingkan hal-hal agama, Nabi Muhammad (SAW) juga merupakan tokoh yang demokratis dalam semua hal. Bahkan ketika terjadinya masalah-masalah yang tidak mempunyai sandaran keagamaan (wahyu) beliau bersikap demokratis dengan bertanyakan pendapat para sahabatnya, sehinggalah Allah menurunkan wahyu arahan ketetapanNya.
Sikap demokratis Nabi Muhammad (SAW) ini barangkali merupakan sikap
demokratis pertama di Semenanjung Arabia, di mana masyarakat padang
pasir bersikap paternalistic iaitu masih menjunjung tinggi status-status sosial klan, dan non-egaliter.
Antara contoh yang menunjukkan bahwa Nabi Muhammad (SAW) merupakan seorang demokratis adalah :
Ketika Nabi Muhammad (SAW) diminta suku-suku Arab menjadi penguasa
sivil (non-agama) di luar status baginda sebagai pemegang otoritas
agama, baginda mengambil pernyataan setia orang-orang yang ingin tunduk
dalam kekuasaan baginda sebagai tekhnik memperoleh legitimasi kekuasaan.
Pernyataan setia ini dikenal dalam sejarah Islam sebagai “Bai’at Aqabah
I & II”. Dari titik ini para ulama Islam sejak dulu menegaskan
bahwa kekuasaan pada asalnya di tangan rakyat, kerana itu kekuasaan
tidak boleh dipaksakan tanpa ada kerelaan dari hati rakyat. Pernyataan
kerelaan itu dinyatakan dalam bentuk “pernyataan setia” atau bai’at.
Berdasarkan prinsip ini maka ajaran Islam menolak kudeta atau merebut
kekuasaan secara inkonstitusional, kerana kudeta merupakan bentuk
pernyataan sepihak sebagai penguasa. Sedangkan legitimasi kekuasaan
harus diperoleh dari rakyat secara sukarela tanpa ada paksaan
sedikitpun.
Setelah Nabi Muhammad (SAW) bermigrasi ke Madinah, beliau mengarahkan
seorang budak kulit hitam Ethiopia yang bernama Bilal menjadi muazzin.
Posisi ini merupakan sebuah kedudukan prestisius bagi seorang budak
kulit hitam dalam belantara kabilah-kabilah Arab yang terhormat.
Selain itu, ketika baginda membentuk negara pertama dalam Islam,
iaitu negara Madinah yang pelbagai agama, Baginda tidak menggunakan Al
Quran sebagai konstitusi negara Madinah kerana Al Quran hanya untuk
orang-orang yang mempercayainya, yaitu kaum muslimin. Baginda menyusun
“Piagam Madinah” berdasarkan kesepakatan bersama orang-orang Yahudi
sebagai konstitusi negara Madinah. Sewaktu mentadbir negara Madinah ini,
baginda memperkenalkan konsep “bangsa” (al ummah) sebagai satu kesatuan
warga negara Madinah tanpa membezakan asal-usul suku sekalipun.
Nabi Muhammad (SAW) mendirikan negara Madinah ini berdasarkan kontrak
sosial (al ‘aqd al ijtima’i) antara kaum muslimin dengan kaum Yahudi,
Kristian, dan kaum Arab pagan yang berdiam di Madinah. Piagam Madinah
terdiri daripada prinsip-prinsip interaksi yang baik antara penganut
agama dengan saling bantu-membantu menghadapi musuh yang menyerang
negara Madinah, menegakkan keadilan dan membela orang yang teraniaya,
saling menasihati, dan menghormati kebebasan beragama.
Sewaktu Perang Badar, perang pertama kali dalam sejarah Islam antara
kaum muslimin dengan orang-orang Arab pagan, Nabi Muhammad (SAW) telah
meninggalkan pendapatnya dan mengambil pendapat sahabatnya dalam
menyusun strategi perang yang jitu.
Namun,kebebasan dan sikap demokratis mulai hilang dalam Islam seiring
dengan berakhirnya kekuasaan khalifah keempat iaitu Saidina Ali bin Abi
Talib.
Sebab-Sebab Hilangnya Demokrasi dari Masyarakat Islam.
Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab hilangnya kebebasan dan demokrasi dari masyarakat Islam.
Faktor pertama adalah kerana kekejaman para pemimpinmuslim pada masa
lalu. Sikap despotis(zalim) ini telah membentuk sebuah masyarakat yang
miskin tata Negara kerana para ilmuwan muslim tidak banyak menulis
perihal sistem pemerintahan dan pembahagian kekuasaan yang ideal, akibat
kerasnya tekanan pemimpin.
Faktor kedua adalah hilangnya sistem konstitusi sebagai tempat
berpijak bagi kehidupan bernegara. Tradisi membangun konstitusi
sebenarnya telah diajarkan oleh Nabi Muhammad (SAW) tatkala membangunkan
negara Madinah. Konstitusi negara Madinah bernama “Piagam Madinah”
(Watsiqah Al Madinah) hingga kini masih dapat dijumpai dalam sejarah
Islam. Namun entah mengapa tradisi berkonstitusi ini hilang dari
kenegaraan kaum muslimin. Hilangnya tradisi konstitusi ini bermakna
hilangnya demokrasi dan timbulnya pertumpahan darah yang berlaku pada
setiap kali peralihan kekuasaan.
Faktor ketiga adalah pengekangan kebebasan yang merupakan tiang utama
demokrasi. Setiap penguasa Islam pada masa lalu (hingga saat ini)
memilih mazhab atau aliran agama tertentu sebagai aliran rasmi negara
dengan menyingkirkan aliran-aliran lain. Sebagaimana pada beberapa kurun
dahulu Dinasti Abbasiyah yang bermazhab Mu’tazilah (rasionalis),
Dinasti Fatimiyah di Mesir bermazhab Syi’ah. Begitu juga dengan
negara-negara Islam moden, seperti Kerajaan Arab Saudi dan Iran.
Pengekangan kebebasan ini pada satu cara untuk memperoleh sokongan
dan legimitasi dalam rangka memperkuatkan kekuasaan. Namun di sudut yang
lain, keadaan ini merupakan pemusnah kebebasan. Penerimaan ataupun
penolakan sebuah aliran keagamaan dalam tradisi asli Islam bukanlah
dengan menggunakan kekuasaan dan politik, melainkan melalui tradisi
keilmuan dalam bentuk dialog, debat, dan retorika dengan dalil-dalil
ilmiah yang meyakinkan.
Faktor terakhir adalah sikap beragama yang menyimpang di kalangan
kaum muslimin. Sikap beragama yang menyimpang ini pada akhirnya
menimbulkan ekstrimitas iaitu ekstrim dalam berinteraksi dengan
keduniaan dan esktrim tidak peduli dengan urusan keduniaan.
Sikap ekstrem pertama menumbuhkan despotism (kezaliman) jika
berkuasa, dan sikap ekstrem kedua pula tidak mempedulikan hal-hal
dunia. Kedua sikap ini kontraproduktif, kerana Nabi Muhammad (SAW.)
mengajar kita keseimbangan hidup antara urusan dunia dan akhirat.
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment