Alhamdulilllah.. itulah sebaik-baik perkataan yang
selayaknya disebut pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira di mana jua kita
berada.. selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW yang
berjaya melaksanakan REVOLUSI daripada JAHILIAH kepada CAHAYA ISLAM..
Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan
walaupun diriku ini selalu melakukan dosa kepadaMu.. ampunilah daku..
Kawan-kawan sekalian,
Baru-baru ini, Mesir berjaya menarik perhatian semua yang
berfikiran waras selepas kebangkitan dimulai di Tunisia.. akan tetapi,
perhatian yang diperoleh itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan.. malahan
suatu peristiwa yang sangat-sangat mendukacitakan.. Bagi saya, hal ini
merupakan suatu perkara yang BIASA tetapi menjadi LUAR BIASA apabila ianya
dilakukan di negara Mesir..
Pada tanggal 25 Jan 2011, bermulalah REVOLUSI yang menuntut
kepada keadilan sejagat.. dan ianya menjadi semakin hebat apabila diulangi pada
29 Jan 2011.. maka bermulalah episod duka semua mahasiswa Malaysia yang belajar
di sana..
Walaupun pada 29 Jan 2011 itu merupakan permulaan cuti
pertengahan semester yang sangat-sangat dinanti oleh kebanyakan pelajar di
sana, bahkan cuti yang diharapkan mampu memberi kerehatan dan peluang untuk
bersiar-siar di sekitar bumi Anbia’ itu bertukar menjadi suatu tempoh yang
sangat menyeksakan..
Masakan tidak, tempoh yang sepatutnya mampu merehatkan
minda kami menjadi suatu tempoh yang dirasakan sangat panjang kerana kami hanya
mampu berehat di dalam rumah lantaran tempoh berkurung yang dikenakan kepada semua rakyat Mesir termasuk diri
kami di sana..
Apa yang menarik yang ingin saya kongsikan ialah betapa
TAWAKKAL kepada ALLAH itu menjadi asas kepada berjayanya apa yang dihajatkan..
satu cerita dan pengalaman yang sangat menarik yang ingin saya ceritakan..
Pada jam 2 pagi, 3 Feb 2011, saya diarahkan untuk
mengumpulkan semua pelajar yang berada di bumi Zagazig atas arahan daripada
pihak Kedutaan.. tanpa melengahkan masa, saya terus memaklumkan kepada semua
rakan-rakan yang berada di Zagazig untuk bersiap sedia dengan perpindahan ke
kawasan Kaherah..
Setibanya saya dan kawan-kawan yang lain di Dewan Malaysia
Abbasiah Kaherah (DMAK), kami diuruskan oleh pihak Persatuan Pelajar-pelajar
PERUBATAN Malaysia Mesir (PERUBATAN).. seterusnya kami diminta untuk
menghulurkan bantuan bagi menguruskan kedatangan pelajar-pelajar dari cawangan
ke DMAK.. PCZ + PERUBATAN..
Kami menguruskan proses evakuasi pelajar dari DMAK ke
lapangan terbang.. dan bermulalah episod TAWAKKAL..
Pada mulanya, kami dijadualkan akan ke Jeddah bersama
rakan-rakan yang lain.. akan tetapi akibat kekangan tenaga pengurusan, kami
barisan exco PERUBATAN Cawangan Zagazig PCZ, perlu terus berbakti memberikan
keutamaan kepada kawan-kawan yang lain.. kemudian kami dimaklumkan akan ke
Jeddah seusai selesai proses evakuasi keseluruhan pelajar yang transit di DMAK..
“mungkin inilah ujian
yang Allah nak beri”
Kami terpaksa akur dengan tuntutan yang terpundak.. tetapi
dalam hati tidak pernah hilang sifat TAWAKKAL kepada Allah..
“barangsiapa yang
memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya”
Berbekalkan mafhum hadis ini, kami terus berkerja membantu
kawan-kawan dalam misi menghantar semua warganegara Malaysia pulang ke tanah
air.. Siapa sangka rezeki di sebalik debu-debu pasir yang menimbun di bumi
Mesir..
Kami merupakan kumpulan yang terakhir yang keluar dari DMAK
dalam proses evakuasi.. setibanya kami di airport,
”kalau kita tak
sempat naik flight ni, terpaksalah kita naik kapal laut ke Jeddah nanti,”
kata-kata Presiden PERUBATAN kepada kami..
Perasaan TAWAKKAL terus menggunung.. dalam hati tak
henti-henti berzikir memohon keampunan.. tiba-tiba,
“mana 40
orang dari DMAK td?” tanya salah seorang pengurus di airport..
Perasaan lega terus menyejukkan hati yang panas yang
merasakan seolah-olah tiada keadilan kepada kami.. apabila kami mendapatkan
tempat masing-masing di dalam kapal terbang Air
Asia, salah seorang daripada kami bertanya kepada pramugari yang berada
berdekatan..
“flight ni
akan berenti kat Jeddah kan?”
“ya, kita
akan ke Jeddah tapi hanya untuk mengisi minyak. Pastu kita akan terus pulang ke
MALAYSIA!” kata pramugari tersebut..
Ya ALLAH, betapa PEMURAHnya Engkau.. terasa seolah-olah TAWAKKAL
sebelum ini benar-benar membuahkan hasil.. HEBATnya Engkau ya ALLAH…
“Sesungguhnya
keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
"Jadilah!" maka terjadilah ia”
[yasin:
82]
Jadi, perlulah kita ingat bahawa Allah mampu menjadikan 0%
kepada 100%.. hebat mana pun usaha kita tetapi tanpa TAWAKKAL, nescaya kita
akan GAGAL!!! Barulah saya sedar bahawa setiap segala yang berlaku bergantung
kepada kekuatan TAWAKKAL kita kepada ALLAH.. semakin kuat kita berTAWAKKAL
kepada ALLAH, semakin tinggi KEBAIKAN yang akan kita peroleh..
Peristiwa ini telah membuktikan sesuatu kepada saya, anda
pula bagaimana?
Wallahu ‘alam..
-KLIA 1730 070211-
2 comments:
u deserve that..all of you..
berehat di syurga~
Post a Comment