Bismillah arRahman
arRahim..
Alhamdulillah..segala
pujian kita panjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada
kita untuk terus hidup bagi meningkatkan amalan kita..
Apa khabar sidang
pembaca sekalian..bagaimana iman kita hari ini?? Moga- moga kita selalu
mendapat bimbingan dan petunjuk dari Allah..
Sebentar tadi, saya
ada menonton sebuah dokumentasi yang menceritakan kembali bagaimana sirah
perjalanan hidup Nabi tercinta Muhammad SAW dalam usaha untuk memartabatkan
agama suci di muka bumi ini..
Apa yang menariknya,
segala jalan cerita dalam dokumentasi tersebut sama seperti sebuah movie kartun
yang bertajuk “Muhammad Utusan Terakhir”.. tetapi yang saya tonton ini adalah
filem yang dilakonkan oleh golongan tanah arab sendiri..
Sebuah filem yang
sungguh menyentuh jiwa.. dalam filem ini diceritakan bagaimana perjalanan nabi
hijrah, dakwah ke Taif dan sebagainya.. bilamana pelakon- pelakon yang memegang
watak filem ini adalah dari bangsa arab sendiri, maka saya dapat membayangkan bagaimanakah suasana hidup, muamalah yang
mungkin sekali mirip dengan suasana hidup pada zaman Rasulullah..
Apabila tiba pada
akhir cerita, ada digambarkan dan dilakonkan bagaimanakah nabi memberi khutbah
yang terakhir.. terasa diri ketika itu turut serta dalam mendengar amanat Rasul
yang Agung itu.. tanpa disedari, air mata menitis ke pipi dek kerana timbulnya
perasaan rindu pada Rasulullah..
Diriku terus
dibelenggu perasaan hiba dan rindu yang teramat sangat..
Ya Allah..aku rindu
pada KekasihMu.. temukanlah daku dengan Baginda di syurgaMu yang abadi..
Ya Rasulullah..aku
rindu padamu.. adakah peluang untuk aku bertemu denganmu.. adakah layak untukku memelukmu dan mengucupmu..adakah
ada untukku kesempatan untuk mencintaimu..adakah harapan untukku mendapat
syafaatmu..adakah ada semua itu untukku..??
Ya Rasulullah..aku
benar- benar rindu padamu..
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu
Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap syurga Allah
Carilah keredhaan Allah
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habiballah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Bawa rahmat seluruh alam
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You
Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu
Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap syurga Allah
Carilah keredhaan Allah
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habiballah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Bawa rahmat seluruh alam
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You
Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu
Wallahu 'alam..
2 comments:
filem tu tajuk ape?
ambik di mne?
allahumma solli ala sayyidina muhammad waala alihi wasahbihi wasallam
Post a Comment