Sedikit perkongsian artikel tentang solat. Sedih
dan takut baca artikel. Moga-moga jadi pedoman semua.
“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
“Sudah, Alhamdulillah.
.
Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya.”
.Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
“Tidak..”
.
“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
“Tidak..”
.“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“….”
.“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak..”
.
“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
“Tidak..”
“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
“….”
.“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?”
“Ya.”
.“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”

.“Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”
.
“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
“Tidak..”
.“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
“Tidak..”
.“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”. Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:

‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5)
“Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”
Sumber rujukan di blog – http://pakarhowto.com/
sumber : The Rising of Muslim Youth group...
1 comment:
salam..
bismillahirrahmaanirrahiim
yg saya belajar, surah al-ma'uun tu menggunakan perkataan
Allaziinahum 'an solaatihin saahuun
iaitu maksudnya
yang mereka itu lalai terhadap solat mereka
apa yang saya nak tekankan di sini ialah perkataan yang digunakan adlh " 'an " [tentang]
dan bukannya "fii" [dalam]
ianya lebih merujuk kepada waktu bilakah kita menunaikan solat kita, adakah di awal waktu ataupun di akhir waktu..
dan bukannya merujuk kepada khusyuknya solat kita
kalo nak buat dalil ttg kekhusyukkan solat, lebih elok guna ayat dalam surah al mukminuun
"allaziina hum fii solaatihim khasyi'uun"
yg nie baru boleh digunakan utk mengajak manusia agar khusyuk dalam solatnya..
-betulkan kalau silap-
Wallahu 'alam
Post a Comment