Monday, 4 October 2010

CoMpLAiN aJa KerJaNyA..



Assalamu'alaykum wbt.

AlhamduliLlah, Assolatu wasSalamu 'ala Rasulillah SAW...

Di hari berbahagia ini, teringat saya sudah hampir waktu bermulanya sesi akademik tahun 2010/2011 bagi sekolah-sekolah perubatan di Republik Mesir. Biro Akademik PERUBATAN Mesir juga dalam proses menyiapkan statistik Keputusan Peperiksaan Akhir bagi pelajar-pelajar perubatan di Mesir bagi sesi 2009/2010. Masih belum terlambat, malah, sekaranglah waktu yang tepat untuk kita semua bermuhasabah diri masing-masing sepanjang tahun ini, bagi menghadapi tahun sesi akademik akan datang.

Suka saya memetik satu situasi yang pernah dan selalu berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar perubatan di Mesir.

Ahmad selalu mengeluh,
"Isy, sistem di Mesir ni, dah la konvensional, ketinggalan zaman pulak tu. Kat Malaysia punyalah belajar Integrated, belajar guna study case. Dah la ada assignment macam-macam, tu yang student Malaysia advanced tuh. Takda masa kosong, so takda lah benda-benda lagho. Pulak tu, tahun 3 dah masuk hospital. Kita ni, dok terhegeh-hegeh belajar teori je. Practical, kosong! Dah la final exam affect 80 % markah. So, tu yang budak-budak Mesir study last minit tu...".
Lepas dok bising-bising membebel, esoknya, Ahmad bangun pagi time lunch, tak pergi kelas. Dah bangun, makan, lepas tu tengok movie. Malam layan internet, lepas tu tidur.


Pernah tak situasi ini berlaku di sekeliling anda? Atau lebih teruk lagi, pernahkan ia berlaku pada diri anda? Saya merasakan situasi di atas adalah sesuatu yang sangat sinis & ironi.


Sinis 1

Ada yang selalu berkata atau (lebih tepat) mengeluh, sistem di universiti di Mesir yang tidak mewajibkan kehadiran. Kalau ada pun, waktu praktikal sahaja, itu pun ikut suka hati doktor yang mengajar. Namun sinisnya, 'kejelikan sistem' yang sering menjadi bahan kutukan itulah yang sering diambil peluang oleh pelajar untuk ponteng kelas. Sama ada sebab malas, sebab bangun lambat, sebab tak berdisiplin, sebab memang tak minat belajar, sebab melancong, sebab meeting, sebab ada aktiviti persatuan atau jemaah, dan 1001 macam sebab lagi. Ingat, jika anda salah seorang dari golongan ini, anda sesungguhnya menggelakkan diri anda sendiri dengan sinisnya setiap kali anda mengutuk sistem di Mesir. Anda tak mampu bangun pagi untuk hadir ke kelas yang hanya beberapa jam sehari, jangan mimpilah anda mampu mengikut keketatan sistem pembelajaran di Malaysia. Mimpi!


Sinis 2

Ada yang selalu membandingkan dengan sistem di Malaysia yang menggunakan 'Integrated System', belajar menggunakan study case, dengan assignment, exam mengikut round/block, dan sebagainya. Mereka mengeluh bahawa sistem di Mesir ketinggalan zaman, tak praktikal, dan sebagainya. Namun ironinya, dengan sistem yang konvensional dan 'tak bersistem' inipun, ramai yang tak mampu hadir ke peperiksaan kecil/kuiz, dan ramai yang tak mampu menyiapkan assignment walaupun hanya perlu copy paste saja. Ramai juga yang tak mampu buka buku walau seminggu sekali menelaah subjek-subjek perubatan. Hatta kelas praktikal pun malas nak pergi. Kalaulah di Mesir ni guna 'Integrated System', bolehkah golongan ini cope with the system? Sedangkan sistem konvensional dan takda assignment ni pun dah mengeluh sebab 'susah' lah, banyak nak kena hafal lah, tak faham lah, .. jangan harap lah kalau belajar 'Integrated System' nanti senang.


Sinis 3

Ada yang selalu mempertikaikan sistem di Mesir ni, jadual belajar tak sesuai lah. Doktor tak ikut jadual lah, dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini jugalah yang datang kelas lambat, sampai kedang-kadang tak datang kelas lagi. Orang-orang macam ni, kalau bagi sistem yang ketat, macam kat Malaysia, rasanya, boleh hidup ke diorang ni?


Sinis 4

Ada yang selalu kutuk doktor Mesir. Tak reti English lah, mengajar tak best lah, tak up-to-date lah, selalu datang lambatlah, dan sebagainya. Tapi, bila doktor tu tanya dia satu soalan simple pon, dia terhegeh-hegeh nak jawab sebab tak pernah study. Bila exam oral pula, terbelit-belit lidah nak cakap English. Kalau ada orang cakap Arab, lagi lah tak faham dan senyap je. Jadi, apa agaknya perangai orang macam ni? Tin kosong! Harap-harap kita bukan dari kalangan mereka ni.


Sinis 5

Ada yang selalu komen, "Isy, apalah J*A nih, biasiswa dah la sikit, masuk lambat pula tu!". Kemudian bila duit dah masuk, dia belanja, tidur, dan ponteng kelas. Bila biasiswa dah naik, dia melancong, tidur, dan layan movies saja.


Sinis oh sinis~ mungkin saya juga pernah melakukan perkara yang sinis ini. Mungkin juga anda. Ramai daripada kita yang suka bercakap. Suka cakap lebat dan hebat, tapi akhirnya memperbodohkan diri sendiri bila semua yang kita cakap tu hanyalah umpama tin kosong. Sikap kita selalu 'tak bersyukur'.



رضا النّاس غاية لا تقضى أبدا

Keredhaan manusia adalah matlamat yang takkan tercapai

-al-Imam As-Syafi'ie-

Maksudnya, bila sesuatu perkara dibuat, ada saja manusia yang tak puas hati. Samalah macam sistem universiti, kalau diperbaiki macam manapun, tidak akan memuaskan hati semua orang. Bila dari konvensional tukar ke integrated, nanti timbullah orang komen, "Isy, jadual sibuk lah, belajar susah pulak tu... "

Belajarlah rasa bersyukur dengan apa yang ada, dan jauhkan sikap suka mengeluh dan meng'komen'. Silalah berbalik semula kepada semangat kita sebagai seorang mahasiswa untuk menuntut ilmu.

Setiap dari kita semua, baik mahasiswa perubatan mahupun bidang lain, perlulah merasai bahawa tanggungjawab menuntut ilmu dan fokus serta bersungguh-sungguh adalah tanggungjawab setiap individu. Kalau mahasiswa yang tugas utamanya menuntut ilmu pun dah malas menuntu ilmu, jangan lah nak mengharapkan orang yang 'tak sekolah' nak menuntut ilmu.

Heboh sekarang ni orang menimbulkan persoalan, Wawasan 2020 boleh dicapai ke tak? Jawapannya, tengok saja statistik membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di kala seorang rakyat Australia membaca purata 180 buah buku setahun dan rakyat Jepun membaca 80 buah setahun, rakyat Malaysia hanya membaca purata 4 buah buku sahaja setahun! Ganyang Malaysia!

Bagi pelajar bidang perubatan pula, lebih untung lagi apabila seorang Ulama' dan Doktor di zaman Andalus, Ibn Rusyd berkata,"Barangsiapa yang belajar Anatomy(perubatan), akan bertambah imannya", dengan syarat kita belajar dan mengkaji kerana Allah dan kemajuan Ummat.



Maka, kesimpulannya, bagi masyarakat perubatan di Mesir, silalah naikkan semangat anda untuk terus menuntut ilmu dan menguasai bidang perubatan, dan ketuklah kepala anda dengan kata-kata al-Imam as-Syafi'ie,

"Aku tidak tahu sesuatu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu perubatan, namun Ahli Kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya"

-Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah al-Imam as-Syafi'ie
-

Sekian sahaja, Masyarakat Perubatan di Mesir: Satu Muhasabah. Bermuhasabahlah kerana itu adalah tradisi orang beriman.



حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab(di Hari Qiamat)

Mohon maaf jika apa yang ditulis mengguris sesetengah pihak, saya juga terdedah kepada dosa & kesalahan...

Allahu A'lam

Wassalam~


sumber: ketua Biro Akademik PERUBATAN Pusat
              http://aiykasim.blogspot.com/2010/09/masyarakat-perubatan-di-mesir-satu.html

2 comments:

Anonymous said...

baru2 ini,sedang mengikuti attachment di hospital kerajaan..pd pndgn,jika kekurgn skill di mesir,di msia,kita akn beljar skill tersebut drpd senior doctor & nurse..dri segi pengetahuan,sms ho,tiada beza sama ada intergrated ataupun non intergrated..ia adalah bgmn anda gbungkn semua kefhmn anda spnjg anda blajar dri thn 1 hgga thn 6 & setiap sistem ada kelebihnnya trsendiri..stakat ini,doktor pakar di tmpt saya buat attachment,msih berpuas hati dgn history taking oleh ho dri egypt..maka,buat medic student d egypt,perkasaan bhasa arab jg perlu agar dpt bljar utk history taking dri patient arab.. :)

paling pandai said...

sinis 6

ahh...xde!! ana dah bawak toyol pun leh gagal lagi!

universiti saja nak gagalkan student malizi! mentang2 la kita kaya, nak untung byk la tu!

mesir oh mesir
wakaka