Alhamdulillah..
Seinfiniti kesyukuran kita ucapkan kepada Allah kerana masih lagi memberi
nikmat yang terbesar dalam kehidupan iaitu nikmat IMAN dan ISLAM yang jika
hendak ditukarkan dengan dunia dan seisinya pun belum tentu mampu untuk
menyamai dengan tingginya nilai 2 nikmat tersebut.
Menjelang musim peperiksaan ini, sudah semestinya ramai yang sibuk mengulangkaji pelajaran. Tidak kurang juga dengan golongan-golongan yang ‘berpakat’ untuk meniru dalam peperiksaan. Jadi, pada kali ini, saya ingin berbicara tentang bolehkah kita ‘meniru’ sewaktu peperiksaan? Apakah faedahnya daripada meniru? Apakah langkah bagi mencegah dari meniru?
Menjelang musim peperiksaan ini, sudah semestinya ramai yang sibuk mengulangkaji pelajaran. Tidak kurang juga dengan golongan-golongan yang ‘berpakat’ untuk meniru dalam peperiksaan. Jadi, pada kali ini, saya ingin berbicara tentang bolehkah kita ‘meniru’ sewaktu peperiksaan? Apakah faedahnya daripada meniru? Apakah langkah bagi mencegah dari meniru?
Pertamanya,
perlulah diingatkan bahawa meniru boleh diklasifikasikan sebagai menipu
dan menipu itu ialah haram. Nabi SAW pernah bersabda:-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ
فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ
الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ
يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس
من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah
melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda
sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu,
apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang
dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa tidak kamu letakkan yang basah
itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)"
(Riwayat Muslim, 1/99)
Apa yang membimbangkan kita ialah kaedah meniru ini dijadikan sebagai ‘trump
card’ dalam peperiksaan. Gejala ini dilihat sangat berbahaya untuk masa depan
kita baik sebagai doktor ataupun selainnya. Sebagai contohnya, kita tidak
mengetahui tentang sesuatu perkara sewaktu peperiksaan, maka kita pun
menggunakan ‘trump card’ yang terakhir ini dan kemudiannya kita mendapat
keputusan yang agak baik dalam pelajaran tersebut. Jika ditanya kelak,
apa yang akan kita jawab? “Saya tidak ingat la…” atau “saya pun meniru tajuk
ini, jadi saya tidak pasti sangat la.” Adakah itu jawapan yang akan kita
berikan? Apakah kejayaan sebenar bagi anda?
Pada pandangan
saya, orang yang berjaya bukanlah orang
yang bermegah dengan keputusan cemerlang atas usaha meniru dalam peperiksaan
akan tetapi orang yang benar-benar cemerlang ialah yang berusaha
bersungguh-sungguh, yakin dengan diri sendiri dan sedar akan kemampuan sendiri.
Sudah semestinya ramai yang akan memuji kita atas kecemerlangan kita tetapi
adakah Allah yang Maha Kuasa yang memberikan kecemerlangan tersebut
memuji kita atas kejayaan yang kita kecapi? Adakah kita hidup didunia ini hanya
untuk mendapat pujian manusia? Apakah tujuan sebenar kita belajar?
Jika ditanya pada
anda, saya yakin dan percaya bahawa sudah pasti anda akan menjawab tujuan anda
belajar ialah untuk mencapai redha Allah. Perlu diingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam
usaha kita hendak menggapai redha Allah, semestinya kita tidak dapat
mencampurkan yang haq dan batil seperti dalam firman Allah:-
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang
batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu
mengetahui”
(al-Baqarah: 42)
Selain itu, Nabi
SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging
babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan
lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
( Riwayat
Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Dari dalil-dalil
di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram baik
pelajar, mahasiswa/wi atau sesiapa sahaja kerana ia adalah satu bentuk
penipuan. Juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil
dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji dan
seumpamanya juga adalah dikira pendapatan yang haram. Amat malang, penipuan
yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa
mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian
mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka
sedari.
Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat
menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup
sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati
dengan penuh dosa disebabkan hartanya.
Jadi, untuk
mencegah perkara ini dari terus menular, kita perlulah bersedia dengan sebaik
mungkin fizikal mahupun mental. Kita juga perlulah kuatkan diri kita untuk
melawan nafsu dan syaitan yang sentiasa mengajak kepada perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah ini. Kepada yang meniru pada masa lepas, segeralah
bertaubat dan menanamkan azam untuk tidak meniru lagi pada masa hadapan. Kita
perlu ingat tujuan kita belajar adalah kerana Allah. Jadi, mana mungkin Allah
meredhai kita sedangkan kita cuba untuk mendapatkan redhanya dengan perkara
murahan seperti meniru tersebut. Matematiknya mudah, kan begitu?
Konklusinya, kita perlulah sedar bahawa kejayaan tanpa
keberkatan tidak akan memandu kita kearah yang hendak kita tujui pada akhirnya.
Ibnu 'Athoillah dalam karangannya, kitab al-Hikam :-
"Sebaik-baik dalam hidupmu ialah ketika kamu
menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"
Marilah sama-sama
kita berdoa dan bermunajat moga-moga kejayaan yang ingin kita capai yang bukan
sahaja didunia ini bahkan di akhirat nanti mendapat restu dan rahmat dari
Ilahi.
~Belajar dari PENGALAMAN semalam dengan menyusun PERANCANGAN pada hari ini
demi mencapai KEJAYAAN pada hari ESOK~
1 comment:
Meminta pertolongan selain dari Allah swt adalah suatu kelemahan dan kehinaan...begitu juga dengan meniru- yang sudah jelas lebih2 dasyat lagi tidak Jujur jalannya...
tiada jalan pintas menuju kejayaan hakiki..apatah lagi kejayaan yang diredhai Allah.
Tapi jika hati sudah tidak takutkan Tuhan, maka pelindung apa lagi yang diharapkan dapat membenteng sebuah mutiara suci bernama Iman...
Benarlah sabda Nabi..
"Bila engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu"..
Post a Comment