Bismillah arRahman arRahim..
Saat kau disisi, aku
tersenyum, malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu
disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini, namun ku merasai kemanisannya.
Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku
dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini, bahkan kau genggam hati ini agar
ia tidak berbolak-balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia ini tiada apa
bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagiaan walaupun tika itu
aku ditekan, aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu, selagi kau disisi,
semua itu tidak bererti bagiku..Tapi, itu dulu..
Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung, lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.
Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung, lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.
‘Hei bulan..tidakkah
kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa
sengsara menanggung derita?
‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka, tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’
Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..
Untukmu,
Tahukah engkau, aku
merindukan sesuatu. Aku terasa kekosongan dalam diriku. Setiap langkahku menuju
ke universiti longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan
fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya
kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu.. rindukan
dirimu.. rindukan belaian mu..
Memang benar, aku akui ini semua salahku, semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu. Untuk dirimu yang berharga, ku korbankan segala-galanya. Harta, tenaga dan jiwa, semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu..
Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..
Merisik..
Waktu itu ku singkapi
tirai hidupmu, aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya, tempat tinggalmu,
keluargamu, teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah
mengenalimu. Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya, aku gembira kerana
mereka juga seperti aku. Benarlah, dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar
lautan. Perlu diselam, perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu, pasti
berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.
Meminang..
Meminang..
Setelah itu, aku
yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah, pinanganku diterima
olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu
teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh, teman yang
akan mengingatkan ku pada saat aku perlukanmu.
Tapi,
itu semua dulu..
Bila berlalunya waktu, dalam
tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi
bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu
seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau
teman hidupku pudar begitu sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya
tinggal sebuah dongengan. Malah, hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap
teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga aku
merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah
dikamar hatiku tika musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu, tapi bila
musimnya berlalu, engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku. Entah berapa
kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang binatang sepertiku.
Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini, kau ingin
menyintai hati ini. Tapi, seringkali juga aku menjadi api, menjauhi dan terus
menjauhi..
Kini,kau pergi..
‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu, aku rindukanmu..
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya..?’
p/s: bukan NURUL IMAN ye!.. =)
Kini,kau pergi..
‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu, aku rindukanmu..
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya..?’
p/s: bukan NURUL IMAN ye!.. =)
1 comment:
nasib baik aku baca sampai abis...
Post a Comment