Pendahuluan:
Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz merupakan seorang ulama' yang sangat
dikenali dan dihormati oleh ummat Islam di seluruh dunia. Beliau
merupakan mantan Mufti Arab Saudi dan meninggal dunia pada tahun 1999. Semoga
Allah meredhai dan mengampuni Syeikh.
Salah seorang murid Syeikh
Ibnu Utsaimin rahimahullah menceritakan kisah ini kepada-ku (penulis kisah
ini). Dia berkata: Pada salah satu pengajian Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah
di Masjidil Haram, salah seorang murid beliau bertanya tentang sebuah masalah
yang di dalamnya ada syubhat, serta pendapat dari Syeikh Bin Baz rahimahullah
tentang masalah tersebut. Maka Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menjawab
pertanyaan penyoal soalan serta memuji Syeikh Bin Baz rahimahullah. Ditengah-tengah
mendengar pengajian, tiba-tiba ada seorang lelaki dengan jarak kira-kira 30
orang dari arah sampingku kedua matanya mengalirkan air mata dengan deras, dan
suara tangisannya pun keras hingga para murid pun mengetahuinya.
Di saat
Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah selesai dari pengajian, dan majlis sudah sepi
aku melihat kepada pemuda yang tadi menangis. Ternyata dia dalam keadaan sedih,
dan bersamanya sebuah mushaf. Aku pun lebih mendekat hingga kemudian aku
bertanya kepadanya setelah ku ucapkan salam: “Bagaimana khabarmu wahai akhi
(saudaraku), apa yang membuatmu menangis?”
Maka ia
menjawab dengan bahasa yang mengharukan, “Jazakallahu khairan. ” Aku pun
mengulangi sekali lagi, “Apa yang membuatmu menangis akhi?”
Dia pun menjawab dengan tekanan suara yang haru, “Tidak apa-apa, sungguh aku telah ingat Syaikh Bin Baz rahimahullah, maka aku pun menangis. ”
Kini menjadi jelas bagiku dari penuturannya bahwa dia dari Pakistan, sedang dia mengenakan pakaian orang Saudi.
Dia
meneruskan keterangannya: “Dulu aku mempunyai sebuah kisah bersama Syaikh Bin
Baz rahimahullah, iaitu sepuluh tahun yang lalu aku bekerja sebagai kerani di
sebuah kilang perusahaan batu-bata di kota Thaif. Suatu ketika datang sebuah
surat dari Pakistan kepadaku yang menyatakan bahwa ibuku dalam keadaan
kritikal, yang memerlukan dia dibedah untuk penggantian sebuah ginjal. Kos
pembedahan tersebut memerlukan tujuh ribu Riyal Saudi . Jika tidak segera
dilaksanakan pembedahan dalam tempoh seminggu, boleh jadi dia akan meninggal.
Sedangkan beliau sudah berusia lanjut.
Saat itu,
aku tidak memiliki wang selain seribu Riyal, dan aku tidak mendapati orang yang
mahu memberi atau meminjamkan aku wang. Maka aku pun meminta kepada perusahaan
untuk memberiku pinjaman. Mereka menolak. Aku menangis sepanjang hari. Dia
adalah ibu yang telah merawatku dan tidak tidur kerana aku.
Pada
situasi yang genting tersebut, aku memutuskan untuk mencuri pada salah satu
rumah yang bersebelahan dengan perusahaan pada jam dua malam. Beberapa saat
setelah aku melepasi pagar rumah, aku tidak merasakan apa-apa kecuali para
polis tengah menangkap dan melemparkanku ke kenderaan mereka. Setelah itu dunia
pun terasa menjadi gelap.
Tiba-tiba,
sebelum solat subuh, polis mengembalikanku ke rumah yang telah ku curi. Mereka
memasukkanku ke sebuah ruangan kemudian pergi. Tiba-tiba ada seorang pemuda
yang menghidangkan makanan seraya berkata, “Makanlah, dengan membaca
bismillah!” Aku pun tidak mempercayai yang tengah kualami.
Saat azan
solat subuh, mereka berkata kepadaku, “Wudhu’lah untuk solat!” Saat itu rasa
takut masih menyelimutiku. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang sudah lanjut
usia dipapah salah seorang pemuda masuk menemuiku. Kemudian dia memegang
tanganku dan mengucapkan salam kepadaku seraya berkata, “Apakah engkau sudah
makan?” Aku pun, “Ya, sudah.”
Kemudian
dia memegang tangan kananku dan membawaku ke masjid bersamanya. Kami solat
subuh. Setelah itu aku melihat lelaki tua yang memegang tanganku tadi duduk
diatas kerusi di bahagian depan masjid, sementara banyak jama’ah solat dan
banyak murid mengelilinginya.
Kemudian
Syeikh tersebut memulai berbicara menyampaikan sebuah kuliah kepada mereka.
Maka aku pun meletakkan tanganku diatas kepalaku kerana malu dan takut.
Ya
Allaaah…, apa yang telah ku lakukan? Aku telah mencuri di rumah Syeikh Bin
Baz?!
Sebelumya aku telah mendengar nama beliau, dan beliau telah terkenal di negeri kami, Pakistan.
Setelah Syeikh Bin Baz rahimahullah selesai dari pengajian, mereka membawaku ke rumah sekali lagi. Syeikh pun memegang tanganku, dan kami sarapan pagi dengan dihadiri oleh banyak pemuda. Syeikh mendudukkanku di sisi beliau. Ketika makan beliau bertanya kepadaku, “Siapakah namamu?” Kujawab, “Murtadha.”
Sebelumya aku telah mendengar nama beliau, dan beliau telah terkenal di negeri kami, Pakistan.
Setelah Syeikh Bin Baz rahimahullah selesai dari pengajian, mereka membawaku ke rumah sekali lagi. Syeikh pun memegang tanganku, dan kami sarapan pagi dengan dihadiri oleh banyak pemuda. Syeikh mendudukkanku di sisi beliau. Ketika makan beliau bertanya kepadaku, “Siapakah namamu?” Kujawab, “Murtadha.”
Beliau
bertanya lagi, “Mengapa engkau mencuri?” Maka aku ceritakan kisah ibuku. Beliau
berkata, “Baik, kami akan memberimu 9000 (sembilan ribu) Riyal. ”Aku berkata
kepada beliau, “Yang diperlukan hanya 7000 (tujuh ribu) Riyal.” Beliau
menjawab, “Bakinya untukmu, tetapi jangan lagi mencuri wahai anakku.”
Aku
mengambil wang tersebut, dan berterima kasih kepada beliau dan berdo’a untuk
beliau. Aku pergi ke Pakistan, lalu melakukan operasi untuk ibu. Alhamdulillah,
beliau sembuh. Lima bulan setelah itu, aku kembali ke Saudi, dan langsung
mencari keberadaan Syeikh Bin Baz rahimahullah. Aku pergi kerumah beliau. Aku
mengenali beliau dan beliau pun mengenaliku. .
Kemudian beliau pun bertanya tentang ibuku. Aku berikan 1500 (seribu lima ratus) Riyal kepada beliau, dan beliau bertanya, “Apa ini?” Kujawab, “Itu bakinya.” Maka beliau berkata, “Ini untukmu.”
Kemudian beliau pun bertanya tentang ibuku. Aku berikan 1500 (seribu lima ratus) Riyal kepada beliau, dan beliau bertanya, “Apa ini?” Kujawab, “Itu bakinya.” Maka beliau berkata, “Ini untukmu.”
Ku
katakan, “Wahai Syeikh, saya memiliki permohonan kepada anda.” Maka beliau
menjawab, “Apa itu wahai anakku?” kujawab, “Aku ingin bekerja pada anda sebagai
pembantu atau apa saja, aku berharap dari anda wahai Syeikh, janganlah menolak
permohonan saya, mudah-mudahan Allah menjaga anda.” Maka beliau menjawab,
“Baiklah.” Aku pun bekerja di rumah Syeikh hingga wafat beliau rahimahullah.
Selang
beberapa waktu dari pekerjaanku di rumah Syeikh, salah seorang pemuda yang
mulazamah kepada beliau memberitahuku tentang kisahku ketika aku melompat ke
rumah beliau hendak mencuri di rumah Syeikh. Dia berkata, “Sesungguhnya ketika
engkau melompat ke dalam rumah, Syeikh Bin Baz saat itu sedang solat malam, dan
beliau mendengar sebuah suara di luar rumah. Maka beliau menekan loceng yang
beliau gunakan untuk membangunkan keluarga untuk solat fardhu saja. Maka mereka
terbangun semua sebelum waktunya.
Mereka
merasa hairan dengan hal ini. Maka beliau memberitahu bahawa beliau telah
mendengar sebuah suara. Kemudian mereka memberitahu salah seorang penjaga
keamanan, lalu dia menghubungi polis. Mereka datang dengan segera dan
menangkapmu. Tatkala Syeikh mengetahui hal ini, beliau bertanya, “Apa yang
berlaku?” Mereka menjawab, “Seorang pencuri berusaha masuk, mereka sudah menangkap
dan membawa ke balai polis.” Maka Syeikh pun berkata sambil marah, “Tidak,
tidak, hadirkan dia sekarang dari balai polis, dia tidak akan mencuri kecuali
dia orang yang memerlukan.”
Maka di
sinilah kisah tersebut berakhir. Aku katakan kepada pemuda tersebut, “Sungguh
matahari sudah terbit, seluruh umat ini terasa berat, dan menangisi perpisahan
dengan beliau rahimahullah. Berdirilah sekarang, marilah kita shalat dua rakaat
dan berdo’a untuk Syaikh rahimahullah.”
Mudah-mudahan
Allah Ta’ala merahmati Syeikh Bin Baz dan Syeikh Ibnu Utsaimin, dan menempatkan
keduanya di keluasan syurga-Nya. Amiin".
(penulis
kisah ini : Syeikh Mamduh Farhan al Buhairi).
Sumber:
Majalah Qiblati edisi 02 tahun III bulan November 2007 M / Syawwal 1428 H. (hal:
96)
2 comments:
subahanallah...
ustaz-ustaz PMRAM anti-bin baz dan anti-uthaimin. kata mereka semua ini adalah wahhabi. tetapi Allah telah membuktikan syeikh-syeikh inilah yang telah berbakti sebenar-benarnya kepada Islam
Post a Comment