Friday, 18 June 2010

EleKtriK DaLaM TuBuH



Elektrik dalam tubuh

   
"Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"(az-Zaariyat: 21)
SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik!
Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka.
Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya.
Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya.
Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirinya? Adakah ia berbahaya jika dibiarkan?
Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.
Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.
Cas
Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.
Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.
“Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.
Berbalik kepada masalah Suffian tadi, Azmi berkata, tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.
Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.
“Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.
“Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.
“Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya.
Tabiat dan suhu
Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.
“Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.



“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya.
“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya.
Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.
Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.
Penyakit
Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
“Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.
Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.
Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.
Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Thursday, 10 June 2010

TaZkIRaH SuBuH



Assalamu ‘alaikum warahmatullah…

Selamat pagi buat semua. Semoga semua ceria. Ya, buat yang membaca blog saya ni, jika anda membacanya di waktu petang ataupun malam, maka saya ucapkan selamat petang dan selamat malam. Adapun saya menulis selamat pagi di atas kerana saya menulis blog ini di waktu pagi.

Hari ni kita nak ungkap sedikit rahsia solat yang terkandung dalam takbir dan takbiratul ihram sahaja. Kenapa kita perlu mengangkat tangan semasa takbir permulaan? Bagaimana cara mengangkat tangan dan bagaimana pula kedudukan jari-jemari? Apa pula lafaz takbir? Kesemuanya ada rahsia tersendiri yang harus kita ungkap dengan kebijaksanaan kita yang semestinya wajib dipandu dengan tuntutan wahyu yang mulia.

Bila kita sebut perkara ini, saya teringat satu kisah yang berkaitan dengan al-Syafei yang menyatakan bahawa beliau memulakan solat dengan tiga perkara, dua fardhu dan satu sunat. Apa dua fardhu tersebut dan apa pula satu sunat? Dua fardhu adalah niat dan takbiratul ihram manakala sunat pula adalah mengangkat tangan. Benda sunat ni beza dengan benda mubah, atau harus. Sunat kalau dibuat dapat pahala tetapi jika ditinggal kita akan rugi. Silap kalau kita kata tidak mengapa meninggalkan perkara sunat, kerana perkara sunat perkara yang baik, maka jika ditinggalkan maka rugi. Begitu juga makruh, dibuat kita rugi. Harus pula, jika dibuat tidak mengapa, tidak buat pun tidak mengapa.

Persoalan pertama ialah, mana satu dahulu? Angkat tangan dulu ke, takbir dulu? Ini barang penting. Mungkin ada ulama kata angkat tangan dulu, tidak kurang juga ulama kata serentak. Tidak kishalah sama ada angkat tangan dulu ke atau dibuat serentak, kedua-dua ada hujjah dan kemungkinan nabi melakukan kedua-duanya sekali sebagai satu rahmat. Al-Bukhari berpendangan angkat tangan dahulu, kemudian diucapkan takbir. Angkat tangan ni, apa tujuannya. Nah, yang kita duk sibuk angkat tangan selama ni, apa tujuannya? Ke kita saja-saja angkat? Suka tengok orang angkat tangan, maka kita pun, angkatlah, nampak comel sikit.

Al-Bukhari kata, angkat tangan ni nak menghapuskan rasa takabbur yang bersarang dalam diri kita. Takabbur ni barang busuk. Kalau kita lalu tepi longkaang yang penuh dengan sampah, siap ada lalat, benda-benda yang berlendir, ha, tu barang takabbur. Barang takabbur ni barang busuk lagi mual. Kita hidu, nak muntah. Kita tengok, sakit hati. Kita dengar, rasa muak. Cuba kita masuk tandas yang ada najis, maka kita tengok, nak muntah, hidu pun begitu. Barang yang menyebabkan kita nak muntah tu, takabbur namanya.

Siapa kita nak tunjuk hebat depan Allah. Sekali Allah jentik kita, sudah kita. Mung kalau takabbur, mung buat bumi sendiri. Ha, kamu takabbur lah di bumi kamu tu. Mung kalau nak takabbur, mung makan nasi hak mung buat sendiri. Ha, kalau mung boleh buat macam tu, kamu nak sombong pun takpe. Mung kalau nak takabbur, pastu nanti malaikat maut nak cabut nyawa, mung minta tempoh sikit masa lagi, nah, nak takabbur banyak mana pun boleh. Takpun masa takabbur, jangan tunjuk pada Allah. Sorok sikit supaya Allah tak tahu bahawa kamu takabbur. Tidak pun, masa malaikat Zabaniah nak tarik kamu masuk neraka, mung terajang dia, pastu mung lari ke syurga. Nah, kalau kamu boleh buat macam tu, nak sombong ke, nak buat benda jahat ke, nak buat apa-apa ke, buatlah.

Tapi boleh ke? Tu persoalannya. Takabbur ni lah yang menyebabkan Iblis yang takut kepada Allah diusir keluar dari syurga. Amal banyak mana pun akalu takabbur, neraka jugak. Jadi presiden tapi takabbur, taknak buat kerja-kerja bawah, orang nak tegur pun tak layan, masuk neraka juga. Jadi barang takabbur ni, warisan syaitan, Iblis. Kalau kamu takabbur, kamu ni adik-beradik Iblis. Dah kalau membazir pun dipanggil sedara Iblis, maka takabbur lagi-lagila. Kenapa kita nak takabbur sangat. Bukan kita boleh menembusi bumi dan langit pun. Kalau kita boleh tembus bumi dan langit, logic juga kalau kita nak takabbur.

Jadi angkat tangan ni nak hapuskan takabbur. Nyah jauh-jauh wahai rasa sombong, aku ni hamba Allah. Hamba ni, orang yang bila tuan dia suruh buat apa, maka dia buat. Macam keldai. Bagila dan letaklah barang banyak manapun ke belakang badan dia, dia pikul. Maka hamba ni jenis keldai. Kita lah, sape lagi. Kita ni lebih kurang macam keldai, letak berat mana pun, kita pikul. Tuhan suruh buat apa saja, kita buat. Kalau takbuat, kena bakar, kalau buat pun, belum tentu masuk syurgs.

Bila kita nak masuk solat, ni tempat orang hina nak jumpa Tuhan dia. Allah tak suka orang yang ada perasaan angkuh, rasa hebat. Allah nak orang yang tawadhu’ dan merendah diri. Jadi, kita setelah angkat tangan sampai ke paras telinga, atau setara dengan bahu, maka kita sertakan dengan ucapan ALLAHU AKBAR. Ni je ucapan yang boleh dilafazkan. Nak sebut Allahu al-Rahman, Allahu al-Razaq, tak boleh kecuali menurut Abu Hanifah. Tapi tu Abu Hanifah seorang sahaja yang berpandangan demikian. Maka pandangan jumhur ulama adalah, hanya ucapan takbir yang diterima. Maksudnya ialah, Allah Maha Besar, maka hasil kefahaman kita ialah, bila Allah Maha Besar, maka kita ni kecil sangat-sangat. Kecil ilmu, kecil akhlak, kecil wibawa, kecil pemikiran, kecil kekuatan, kecil keupayaan. Ulama yang jadi tempat rujuk manusia, bila masuk tempat solat, maka ilmu mereka pun, kecil je. Ambil jari letak di laut, mana-mana air yang terlekat di jari, tu lah ilmu kita. Manakala laut yang luas mendalam tu, adalah ilmu Allah.

Pemimpin yang menaungi jutaan manusia, maka di hadapan Allah, dia hamba je. Tak lebih dari tu. Tak semesti jadi Presiden Gamis, maka masuk syurga. Tengok-tengok, hak jadi presiden Gamis, 10 orang dah calon neraka na’uzubillah,minta-minta dijauhkan. Orang yang gagah perkasa, di depan Allah macam kita ikan bilis, tiada apa-apa kehebatan pun. Semua kekuatan adalah milik Allah yang Maha Berkuasa.

Maka bila sebut Allahu Akbar iaitu Allah Maha Besar, maka nyahlah segala keangkuhan, pergilah segala sikap Iblis yang dibenci ni. Hurm…cara kita angkat tangan, ialah jangan dirapatkan jari jemari kita, dan jangan dibuka luas sangat. Kita buka sikit, biar lenang tidak kaku. Apa tandanya? Tandanya ialah kepasrahan kepada Allah. Jadi maksudnya ialah, bila masuk nak solat, kita serah diri sepenuhnya kepada Allah. Khaa’if, jadilah orang yang takut amalan tidak akan diterima oleh Allah. Raaji’, jadilah orang yang mengharapkan amalan diterima oleh Allah. Muhib, jadilah orang yang cinta kepda solat.

Kalau Allah nak cabut nyawa kita dalam solat, terpulang kepada Allah dan itulah yang ramai orang nak. Ada orang, nak mati dalam solat, maka ni cara jenis mati orang mulia, seperti Umar. Umar walaupun tidak mati dalam solat, tapi dia ditikam semasa solat. Ada orang nak mati masa baca al-Quran, maka ni mati jenis Usman. Ada orang nak mati selepas tunaikan solat, maka ni mati jenis Ali. Ada orang nak mati kerana kena racun oleh musuh akibat kuat bawa Islam, maka ni mati jenis Umar Abdul Aziz. Semua ni jenis mati orang mulia. Mati masa perang, ni mati Khalid. Mati kena tembak, mati al-Banna. Kalau saya ditanya nak mati dalam keadaan macam mana, saya kata saya nak mati kerana ditembak oleh musuh Islam yang takurkan saya. Allahumma Amien, tolonglah kabulkan doa hamba-Mu yang tiada pilihan ini selain menurut kehendak-Mu ya Allah.

Terserah kepada Allah segalanya, yang penting kita usaha. Inilah maksud daripada cara kita susun jari-jemari kita. Bukannya rapat kaku, bukan juga dibuka keterlaluan, tetapi dibuka sikit, tidak keras menandakan tanda kepasrahan kita kepada Allah.

Sekadar tu dulu tazkirah subuh kita. Insya Allah, kita sambung lagi pada masa akan datang..
sumber: http://mr-khairi.blogspot.com/

Friday, 4 June 2010

MaRi BeRdOa




                                                                     

Saturday, 29 May 2010

AdAkAh AkU??


Bismillah arRahman arRahim..

Sedikit perkongsian artikel tentang solat. Sedih dan takut baca artikel. Moga-moga jadi pedoman semua.

“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
“Sudah, Alhamdulillah.
.
Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya.”

.Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
“Tidak..”
.
“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
“Tidak..”

.“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
“….”

.“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak..”
.
“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
“….”

.“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?”
“Ya.”

.“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
“Tidak..”

.“Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”
.
“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
“Tidak..”

.“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
“Tidak..”

.“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”. Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:

‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5)

“Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”

Sumber rujukan di blog – http://pakarhowto.com/

sumber : The Rising of Muslim Youth group...

Tuesday, 25 May 2010

DaRiKu KePaDamU..


Bismillah arRahman arRahim..

Ukhtifillah,


Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena itu kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
kerananya kau tak mempunyai persamaan.

Ukhtifillah,

Jangan biarkan aku menatapmu penuh,
kerana ianya akan membuatkanku mengingatimu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Mengimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatkanku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,

Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak terhujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan nafsu diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,

Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
dimanipulasi.
Kerana kau itu hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,

Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati
ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak
ada sampai kau mati.
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua
lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,

Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih
Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.

Wallahu ‘alam..

Friday, 21 May 2010

EmBuN HiDaYaH



Embun Hidayah
By: Hijjaz



 
Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi 
Lidah RasululLah

Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH


Semoga kita mendapat hidayah NYA..amin..

Wednesday, 19 May 2010

KaU PeRgI JuA...

In memory of my late father..

Mohd Nadzim bin Hj Ismail
20/11/1956 to 15/5/2010

He passed away at the age of 54 years old

Al-fatihah..Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama para solehin

Tuesday, 11 May 2010

SuDiKaH KaU MeNjAdi TeMaN HiDuPkU..?

Bismillah arRahman arRahim..

Saat kau disisi, aku tersenyum, malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini, namun ku merasai kemanisannya. Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini, bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak-balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagiaan walaupun tika itu aku ditekan, aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu, selagi kau disisi, semua itu tidak bererti bagiku..Tapi, itu dulu..

Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung, lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.
‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita?

‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka, tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’
Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..

Untukmu,

Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu. Aku terasa kekosongan dalam diriku. Setiap langkahku menuju ke universiti longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu.. rindukan dirimu.. rindukan belaian mu..

Memang benar, aku akui ini semua salahku, semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu. Untuk dirimu yang berharga, ku korbankan segala-galanya. Harta, tenaga dan jiwa, semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu..

Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..

Merisik..

Waktu itu ku singkapi tirai hidupmu, aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya, tempat tinggalmu, keluargamu, teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah mengenalimu. Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya, aku gembira kerana mereka juga seperti aku. Benarlah, dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam, perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu, pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.

Meminang..

Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah, pinanganku diterima olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh, teman yang akan mengingatkan ku pada saat aku perlukanmu.

Tapi, itu semua dulu..     

Bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan. Malah, hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu, tapi bila musimnya berlalu, engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang binatang sepertiku. Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini, kau ingin menyintai hati ini. Tapi, seringkali juga aku menjadi api, menjauhi dan terus menjauhi..

Kini,kau pergi..

‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu, aku rindukanmu..
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya..?’

p/s: bukan NURUL IMAN ye!.. =)

Wednesday, 5 May 2010

NaK KaYa SePerTi QaRuN?


Bismillah arRAhman arRahim..

Alhamdulillah segala puji hanyasanya bagi Allah, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dan menguasai isi antara keduanya..selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW atas kasih sayang baginda yang masih dirasai hingga ke saat ini melalui nikmat iman dan Islam serta petunjuk yang agung yakni al-Quran.

Menjelang peperiksaan yang tiba, sudah semestinya ramai yang meletakkan misi dan visi untuk berjaya dalam peperiksaan pada kali ini. Di sebalik apa yang ingin kita capai dalam peperiksaan ini, saya tertarik untuk berkongsi dengan sidang pembaca tentang suatu kisah yang saya rasa ramai yang kurang mengenalinya dengan mendalam tetapi ingin menjadi sepertinya. Kisah ini sangat popular baik dalam kalangan orang kebanyakkan apatah lagi dalam kalangan ilmuan Islam. Bahkan kisah ini turut dialunkan dalam ayat suci al-Quran dalam surah al-Qasas bermula ayat 76-84 yang mafhumnya begini:-

Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.

 Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keuntungan yang besar."

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar."

Maka Kami benamkan Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).

Dan jadilah orang-orang yang kelmarin mencita-citakan kedudukan Qarun itu, berkata: "Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang- orang yang mengingkari (nikmat Allah)."

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan
  
             Maka, sebagai muhasabah kita bersama, adakah kita ingin menjadi seperti Qarun yang ditenggelamkan bersama hartanya? Menjelang peperiksaan ini juga, saya berharap agar kita semua berjaya dengan cara yang ‘bersih’ tanpa mengira di mana tahap keupayaan kita. Mungkin kita berjaya pada kali ini tetapi siapa tahu bahawa kita akan gagal pada kemudian nanti?   

              Justeru, saya ingin memperingati diri saya sendiri seterusnya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama kita muhasabah diri dan meletakkan matlamat kita lebih jauh ke hadapan. Janganlah kita menurut langkah Qarun seperti mana yang diceritakan dalam mukjizat nabi yang paling agung ini. Ingatlah bahawa kesenangan dunia ini hanyalah sebagai suatu ujian dan tidak kekal. Yakinlah  bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan. Maka  sebaik-baik persinggahan adalah yang mampu memberi kita bekalan dan input untuk menuju ke destinasi terakhir yakni syurga Allah dengan tenang dan selamat…

Salam imtihan..bittaufiq wannajah..

Friday, 23 April 2010

ApA PaNdaNgaN AndA??


Bismillah arRahman arRahim..

Alhamdulillah.. Seinfiniti kesyukuran kita ucapkan kepada Allah kerana masih lagi memberi nikmat yang terbesar dalam kehidupan iaitu nikmat IMAN dan ISLAM yang jika hendak ditukarkan dengan dunia dan seisinya pun belum tentu mampu untuk menyamai dengan tingginya nilai 2 nikmat tersebut. Menjelang musim peperiksaan ini, sudah semestinya ramai yang sibuk mengulangkaji pelajaran. Tidak kurang juga dengan golongan-golongan yang ‘berpakat’ untuk meniru dalam peperiksaan. Jadi, pada kali ini, saya ingin berbicara tentang bolehkah kita ‘meniru’ sewaktu peperiksaan? Apakah faedahnya daripada meniru? Apakah langkah bagi mencegah dari meniru?

Pertamanya, perlulah diingatkan bahawa meniru  boleh diklasifikasikan sebagai menipu dan menipu itu ialah haram. Nabi SAW pernah bersabda:-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)"                                                                    
              (Riwayat Muslim, 1/99)
           
Apa yang membimbangkan kita ialah kaedah meniru ini dijadikan sebagai ‘trump card’ dalam peperiksaan. Gejala ini dilihat sangat berbahaya untuk masa depan kita baik sebagai doktor ataupun selainnya. Sebagai contohnya, kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara sewaktu peperiksaan, maka kita pun menggunakan ‘trump card’ yang terakhir ini dan kemudiannya kita mendapat keputusan yang agak baik dalam pelajaran tersebut. Jika ditanya  kelak, apa yang akan kita jawab? “Saya tidak ingat la…” atau “saya pun meniru tajuk ini, jadi saya tidak pasti sangat la.” Adakah itu jawapan yang akan kita berikan? Apakah kejayaan sebenar bagi anda?

Pada pandangan saya, orang yang berjaya bukanlah orang yang bermegah dengan keputusan cemerlang atas usaha meniru dalam peperiksaan akan tetapi orang yang berjaya ialah yang berusaha bersungguh-sungguh, yakin dengan diri sendiri dan sedar akan kemampuan sendiri. Sudah semestinya ramai yang akan memuji kita atas kecemerlangan kita tetapi adakah Allah yang Maha Kuasa yang  memberikan kecemerlangan tersebut memuji kita atas kejayaan yang kita kecapi? Adakah kita hidup didunia ini hanya untuk mendapat pujian manusia? Apakah tujuan sebenar kita belajar?

Jika ditanya pada anda, saya yakin dan percaya bahawa sudah pasti anda akan menjawab tujuan anda ialah untuk mencapai redha Allah. Perlu diingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam usaha kita hendak menggapai redha Allah, semestinya kita tidak dapat mencampurkan yang haq dan batil seperti dalam firman Allah:-

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui.                                                                               (al-Baqarah: 42)
Selain itu, Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :- 


قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya"
           ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Dari dalil-dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram baik pelajar, mahasiswa/wi mahupun guru kerana ia adalah satu bentuk penipuan. Juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji dan seumpamanya juga adalah dikira pendapatan yang haram. Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.

             Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb'  yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

           Jadi, untuk mencegah perkara ini dari terus menular, kita perlulah bersedia dengan sebaik mungkin fizikal mahupun mental. Kita juga perlulah kuatkan diri kita untuk melawan nafsu dan syaitan yang sentiasa mengajak kepada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah ini. Kepada yang meniru pada masa lepas, segeralah bertaubat dan menanamkan azam untuk tidak meniru lagi pada masa hadapan. Kita perlu ingat tujuan kita belajar adalah kerana Allah. Jadi, mana mungkin Allah meredhai kita sedangkan kita cuba untuk mendapatkan redhanya dengan perkara murahan seperti meniru tersebut. Matematiknya mudah kan begitu?

Konklusinya, kita perlulah sedar bahawa kejayaan tanpa keberkatan tidak akan memandu kita kearah yang hendak kita tujui pada akhirnya. Ibnu 'Athoillah dalam karangannya, kitab al-Hikam :-

 "Sebaik-baik dalam hidupmu ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat moga-moga kejayaan yang ingin kita capai yang bukan sahaja didunia ini bahkan di akhirat nanti mendapat restu dari Ilahi.

“Berusaha belajar dengan bestari, berdoa bertawakkal sepenuh hati, Insyaallah kejayaan mesti mari”