Thursday 12 August 2010

RaMaDhAN KaReeM.. ALLaHu AkRaM


Bismillah arRahman arRahim..

Alhamdulillah.. wassalam ‘ala Rasulillah.. segala puji bagi Allah yang Maha Kaya atas segala nikmat yang diberikan yang tidak putus-putus sejak kita azali lagi..

Hari berganti hari.. lama rasanya tidak mencoret di lawan ini walaupun niat di hati memang berusaha untuk menaip sesuatu untuk disajikan di laman ini.. apa pun Alhamdulillah pada hari ini Allah memberi kesempatan untuk berkongsi serba sedikit dengan kawan-kawan sekalian..

Bila mana sudah lama tidak “mengupdate” blog, sudah semestinya banyak perkara yang ingin dikongsikan.. tetapi dari mana hendak dimulakan..??

Walaupun cerita ini agak lapuk untuk diceritakan tetapi bagi saya program ini perlu dikongsikan dengan anda semua.. Tentu ramai yang sudah mengetahui tentang apa itu Federation of Islamic Medical Association (FIMA). Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu aktiviti sempena musim panas ini dengan menyertai 12th International FIMA Camp for Medical Student yang bertempat di Ain Sukhna, Mesir.. program ini sangat menarik bagi saya kerana di sini kami dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar perubatan seluruh dunia..

Antara Negara yang menghantar peserta ke kem ini ialah Arab Saudi, Turki, Lubnan, Yaman, Jordan, Urganda, Palestin, Pakistan dan sudah semestinya pelajar perubatan dari warganegara Mesir sendiri.. saya bersama 9 orang lagi peserta mewakili Malaysia yang diketuai oleh Presiden PERUBATAN, Dr Husaini Salleh..

Antara aktiviti yang ingin saya kongsikan di sini ialah pembentangan dari semua negara, pembentangan bebas, malam kesenian dan lain-lain.. apa yang mengagumkan ialah kesemua pembentangan yang dipersembahkan sedikit pun tidak menggambarkan bahawa para pembentang tersebut dari kalangan pelajar perubatan dan seolah-oolah mereka ini belajar di bidang agama.. begitulah kehebatan pelajar perubatan di negara lain.. bagaimana pula keadaan diri kita??

Sedar tak sedar, kita sekarang sudah memasuki bulan yang mana Allah menjanjikan rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka.. bulan yang penuh dengan nikmat.. bulan yang hanya padanya terdapat malam al-Qadar, padanay diturunkan al-Quran, padanya dibelenggu syaitan, dibukakan pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka serapat-rapatnya iaitu bulan Ramadhan..

Tentu sekali bila mana masuknya bulan mulia ini, ramai yang mula menanam tekad dan memperbaharui azam untuk memberikan yang lebih baik dari ramadhan yang lalu.. tetapi adakah azam dan tekad itu hanya sekadar teori semata?

Puasa merupakan satu-satunya ibadah yang benar-benar menguji keikhlasan kita yang sebenar.. sebagai contoh, jika kita solat, orang lain juga nampak akan apa yang kita lakukan.. tetapi jika puasa, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu sekadar mana ikhlasnya kita kerana orang yang tidak ikhlas tentu sekali akan makan atau minum jika tidak dilihat oleh orang lain tetapi orang yang btul-btul ikhlas, sudah semestinya dia akan menjaga bukan sekadar makan dan minum bahkan perkara-perkara makruh sekalipun..

Dalam al-Quran, Allah memperingatkan kepada kita bahawa hikmah disyariatkan puasa ialah supaya kita mampu uuntuk menjadi insan yang bertaqwa.. jika kita betul-betul amati akan hikmah ini, tentu sekali kita akan cuba untuk mendapatkan janji Allah ini.. ‘modal’ yang kita guna dalam bulan ramadhan ini, dapat kita lihat hasilnya pada bulan-bulan Islam yang lain..

Selain itu, bulan ramadhan juga dapat dijadikan sebagai medan jihad kita dalam memerangi hawa nafsu.. dalam bulan ini, Allah telah memberikan peluang kepada kita dengan memberi diskaun dari kuantiti musuh yang perlu kita hadapi.. seandainya kita mampu mendidik nafsu mengikut agama nescaya kitalah hamba yang bertaqwa yang Allah maksudkan dalam firmannya yang agung..

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang yang Allah berikan dengan sepenuh jiwa dan raga seolah-olah kita berusaha belajar dan ulangkaji ketika menghadapi peperiksaan yakni usaha dengan sepenuh daya.. sama-sama kita merebut ganjaran yang berlipat kali ganda seperti yang diriwayatkan bahawa amalan sunat dalam bulan mulia ini akan diberi ganjaran pahala seperti amalan wajib dan ganjaran untuk amalan wajib pula akan dilipat gandakan kepada 70 kali ganda..

Semoga peribadi baik yang kita bentuk dalam bulan ramadhan yang indah ini dapat  kita kekalkan smapai kita bertemu kembali ramadhan yang akan dating jika diizinkan Allah.. ingatlah!!! Mungkin ramadhan kali ini merupakan ramadhan terkahir bagi kita.. dan sekiranya ia benar-benar ramadhan terakhir kita, adakah kita berpuas hati dengan amalan kita dalam ramadhan terakhir ini??

Semoga Allah merahmati kita semua dan menempatkan kita dalam syurganya bersama junjungan besar nabi Muhammad SAW dan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat nikmat dan rahmat Allah di akhirat kelak.. dikesempatan ini saya memohon maaf andai kata sepanjang perkenalan saya dan anda semua telah menimbulkan bibit-bibit kemarahan dan ketidakpuasan hati walaupun sedikit.. halalkan makan dan minum saya.. doakan semoga saya thabat dalam perjuangan dan istiqamah dalam melakukan amal kebaikan dan istiqamah juga dalam menghindari perkara mungkar..

“RAMADHAN YANG SAMA..NATIJAH YANG BERBEZA”




No comments: