Saturday 30 January 2010

Kelebihan al-Quran..


Bismillah arRahman arRahim..  

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Al-Quran adalah Kalamullah yang Qadim, sebaik-baik di dunia mahupun di akhirat. Orang yang meninggalkannya kerana sombong, maka Allah SWT menghancurkannya. Barangsiapa mencari petunjuk selain Al-Quran , maka Allah SWT menyesatkannya.

Menghafaz Al-Quran fardhu kifayah ke atas umat dan haram meluputkan bilangan ayatnya yang tersedia serta juga jangan sekali-kali mengubah dan menyelewengkan ayat-ayatnya. Jika sudah menghafaznya lalu lupa, maka berdosa. Begitu juga mengajar Al-Quran adalah merupakan fardhu kifayah yang sebaik-baik taqarrub kepada Allah dan sebaik-baik amal soleh. Di dalam satu hadith soheh dari Rasulillah SAW yang bermaksud ; ["sebaik-baik kamu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"]

Imam At-Tarmizi meriwayatkan dari mengatakan Abi Sa'id Al-Khudri sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ["Firman Ar-Rabb (Allah SWT) 'Azzawajalla": "Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran kerana mengingatiKu dan kerana meminta padaku, nescaya Aku akan berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yang meminta padaKu. Dan kelebihan Kalam Allah itu ke atas semua Kalam seperti kelebihan Allah ke atas makhlukNya"]

Syeikhan (Imam Bukhari dan Imam Muslim) meriwayatkan dari Nabi SAW yang bahawasanya beliau bersabda: [" Perumpamaan orang beriman yan membaca Al-Quran seumpama sebiji buah yang sejenis dengan limau yang baik rasanya dan baunya juga baik. Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca Al-Quran seumpama buah tamar yang baik rasanya dan busuk baunya. Perumpamaan orang keji yang membaca Al-Quran seumpama tumbuh-tumbuhan yang harum baunya, tetapi baik baunya dan makananya basi. (Dan akhir sekali) bagi perumpamaan oran keji yang tidak membaca Al-Quran seumpama labu pahit yang basi makanannya dan busuk baunya"].

Dan sabdanya lagi: ["Barangsiapa yang telah membaca Al-Quran satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu ganjaran pahala. Dan satu ganjaran menyamai 10 bandingan. Tidak aku katakana alif, lam, mim itu satu huruf; akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf"]-Riwayat Imam At-Tarmizi dan beliaumengatakan hadith ini Hasan Soheh.

Dan sabdanya lagi: ["Dikatakan bagi yang membaca Al-Quran, nescaya bacalah, lembutkan bacaanmu dan bacalah dengan tertil (elok dan betul), sebagaimana engkau tertilkan (elokkan dan betulkan) di dunia, maka bahawasanya martabat di sisi akhir ayat yang engkau membacanya].

Nabi SAW sentiasa memberi ransangan yang dhaif (lemah) bacaannya. Baginda suka mengubatinya dan mengira juga 2 ganjaran pahala. Satu ganjaran pahala bagi yang dia mencubanya dan payah membacanya. Satu ganjaran lagi adalah kerana dia membaca. Maka sabda baginda: ["Bagi yang mahir dengan Al-Quran beserta 1 pelayaran yang semulia-mulianya lagi sebaik-baiknya. Dan bagi orang yang membaca Al-Quran serta gagap yang dia itu menerima kepayahan, nescaya baginya 2 ganjaran pahala]-{Riwayat Syeikhan}.

Sabda Nabi SAW: [Rumah yang dibaca padanya Al-Quran, nescaya keluar melihat bagi ahli langit sebagaimana keluar melihat bagi ahli bintang bagi ahli bumi]. Ia diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada hadith 'Aesyah RA dan diriwwayatkan oleh daripada hadith Anas RA: [Terangilah rumah-rumah kamu dengan sembahyang dan membaca Al-Quran].

Riwayat oleh Al-Bizdar daripada hadith Anas: [Bahawasanya rumah yang dibaca padanya Al-Quran banyak kebaikannya, dan rumah yang tidak dibaca padanya, nescaya kurang baiknya].

Beberapa dalil yang dapat saya nyatakan di sini memberi makna yang amat luas buat kita semua. Al-Quran ini bukan sekadar dibaca, tetapi perlu diamalkan kehendak ayat yang dibaca. Dengan ini, memahami isi kandungan Al-Quran tersebut untuk direalisasikan dan dipraktikalkan adalah juga menjadi tuntutan. Kalau hanya dibaca sudah tentu banyak kelebihan yang dapat sebagaimana dalil yang saya nyatakan tadi. Jadi apatah lagi kita memahami, mengkaji dan direalisasikan maknanya secara praktikal.

Perlu diingat akhir zaman ini ramai golongan umat Islam yang membaca Al-Quran, tetapi ramai yang tidak mengamalkan isi kandungan Al-Quran itu sendiri. Apapun kita perlu sentiasa mendampingi para 'Alim Ulama' supaya kita dapat memahami dengan lebih jelas ajaran Islam itu sendiri dengan adanya sumber rujukan utama bagi umat Islam ini iaitu Al-Quran. Kalau tidak dapat berdamping selalu dengan ulama pun cukuplah dengan mengambil intipati hasil karya para Ulama' ini. Dari itu, saya harap semua pihak baik apapun kerjanya, samada saintis, jurutera, ahli kaji bintang,doktor atau apa-apapun mestilah berpaksikan untuk menuju dan mencari keredhaan Allah SWT. Dan untuk mencari keredhaan Allah itu mestilah dengan jalan apa yang Rasulullah SAW bawakan dengan bersama mukjizatnya yang paling besar iaitu Al-Quranul Karim.

Cuba tanyakan pada diri kita sendiri:


        1. Kalau bukan hari ini, bila lagi kita hendak membaca al-Quran,           memahaminya  dan  mengamalkannya??
           2. Kalau bukan hari ini, bila lagi??
          3. Kalau bukan kita, siapa lagi??
 
 
Wa'allahu'alam..

No comments: