Monday 15 February 2010

Di MaNa BuMi Di PiJaK Di SiTu IsLaM Di JuNjUnG

Bismillah arRahman arRahim..

Alhamdulillah.. segala pujian hanyalah layak untuk Allah semata- mata.. syukur kehadratNya kerana Dia masih lagi mengurniakan nikmat Iman dan Islam yang mana 2 nikmat ini sangat bernilai bagi seseorang yang mendambakan kehidupan yang bahagia di syurga kelak.. 2 nikmat ini jika kita bandingkan dengan nilai sebuah kehidupan itu sendiri, jauh lebih berharga kerana andaikata kita hidup didunia ini tanpa 2 nikmat ini, maka dimanakah kedudukan kita di akhirat nanti..??

Sidang pembaca sekalian..

Cuti musim sejuk adalah suatu nikmat yang sangat menyeronokkan.. walaupun ‘winter break’ ini tidaklah terlalu lama, ianya sudah memadai bagi insan- insan yang inginkan kerehatan selepas bersusah- payah dan berhempas pulas menjawab peperiksaan pertengahan tahun ataupun lebih dikenali sebagai ‘mid-year exam’..

Ramai yang merancang agenda- agenda yang menarik untuk diri sendiri.. apabila saya melihat ke kalendar PERUBATAN yang telah saya tandakan dengan program- program cuti yang telah saya rancang, saya mendapati bahawa cuti 2 minggu ini sangat padat.. ada saja program- program yang saya sertai.. antaranya ialah: 

6.2.10                     : MAT PERUBATAN
8-10.2.10              : Jaulah ke Semenanjung Sinai
12-13.2.10             : Explorace dan SUKEZ’10
13-14.2.10             : Daurah kitab tasawuf & Kolukium Ilmuan
16.2.10                   : Madrasah Imam Syafie
17-18.2.10             : Seminar Perubatan ke-3
19.2.10                   : Zagazig Premier League (futsal)

Walaupun jadual winter break pada kali ini sangat sarat dengan program tetapi saya berasakan keseronokan yang teramat kerana masa cuti saya tidak habis begitu sahaja.. banyak perkara yang berfaedah yang boleh saya lakukan.. sepertimana firman Allah yang mafhumnya:

”Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhan kamulah hendaknya kamu berharap”           
                                                                                                                                                 (al-Insyirah; 7-8)



Sahabat- sahabat yang saya kasihi sekalian..

“amar makruf nahi mungkar itu ialah suatu rahmat dan peluang kepada kita untuk beribadah”
Saya tertarik kepada kata- kata seorang ulama’ kotemporari bernama Syeikh Rahimuddin bin Nawawi al-Banteni.. beliau menyatakan bahawa dalam kita beramal dengan konsep amar makruf nahi mungkar, kita seringkali memikirkan bahawa amar makruf nahi mungkar itu ialah satu tugasan yang sangat berat dan menyusahkan kita.. ketahuilah bahawa hakikat sebenar amar makruf nahi mungkar itu ialah suatu rahmat dan peluang yang telah Allah berikan kepada kita untuk beribadah..

Dalam kita asyik melakukan amar makruf nahi mungkar, perlulah bagi kita sebagai seorang yang membawa Islam sedar dan menjaga adab- adab dengan orang yang kita hendak ajak kepada kebenaran dan yang paling penting sekali ialah adab kita dengan Allah.. kita perlu sedar akan apakah perkara- perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah dalam usaha untuk mengajak golongan- golongan yang dilalaikan oleh hasutan syaitan ini..?? bagaimanakah cara kita mengajak..??

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan contoh teladan  yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”
                                                                                                                                                     (an-Nahl: 125)



Analogi bagi sesiapa yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar adalah seperti diberikan kepada mereka sebidang tanah.. maka mereka bercucuk tanam dengan sendirinya.. dan mereka juga yang akan menuai dan mendapat seluruh keuntungan daripada apa yang mereka telah lakukan itu.. begitulah perumpamaan yang menunjukkan bahawa tugas amar makruf nahi mungkar ini bukan hanya terletak kepada unit HISBAH, JAKSI atau NGO yang lain semata- mata bahkan kepada kita  semua yang mengaku sebagai orang ISLAM.. sepertimana satu hadis nabi yang mafhumnya berbunyi:

“Sesiapa yang mengucapkan Laa ilaha illallah maka dia ialah seorang pendakwah”

Perlulah difahami bahawa setiap dari orang yang mengaku dia ialah Islam, tidak dapat tidak dia termasuk dalam golongan yang mengucapkan kalimah tauhid tersebut.. jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugas amar makruf nahi mungkar itu ialah tanggungjawab kita bersama..



“Janganlah kita menjadi golongan yang menyusahkan orang lain yang memikirkan dan mencari penyelesaian terhadap apa yang kita telah lakukan atas keseronokan dan kepentingan diri kita sendiri”

Moga- moga kita menjadi golongan yang memudahkan orang lain dan bukannya menjadi golongan yang menyusahkan orang lain yang akhirnya akan menimbulkan persengketaan dan tidak puas hati.. sama- samalah kita muhasabah diri dan berubah demi kepentingan ISLAM tercinta.. Untuk akhirnya, saya ingin berkongsi motto hidup saya dengan anda semua..

“Dimana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung”

Wallahu ‘alam..



No comments: