Friday 17 June 2011

Couple Islamic


Syafiq, Safura dan Muhammad merupakan kawan baik sejak di bangku persekolahan. Namun begitu, Muhammad terpaksa berpindah ke sekolah lain dek kerana mengikut bapanya yang telah ditugaskan bekerja di tempat lain.

Syafiq dan Safura sama-sama meneruskan pembelajaran di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, bahkan Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai pakaian Islamik. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi, suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Lalu Muhammad pun duduk bersama-sama mereka.

"Have you married?"  tanya Muhammad yang kehairanan.

"No,"  jawab Safura.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here,"  tanya Muhammad.

"Kami couple, tapi Islamic way,"  jawab Syafiq dengan perasaan bahagia.

Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.”

“Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada.”

Dia menyambung lagi,

“Jadi, time kat hospital tu aku berfikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus.”

“Camnilah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni tak dak leher. Tapi, lantaklah. Aku hentam je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.”

“Ustaz!!!  jom makan.. Babi Islam nih!”      (-.-"


*****************************************

Pengajaran: MATLAMAT yang BAIK/HALAL di sisi ISLAM tidak pernah mengHALALkan CARA yang SALAH!!!

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui” (al-Baqarah: 42)

4 comments:

sufi said...

Assalamualaikum wbt...

Ini cerita betul ke? Kalau rekaan macam sesuai je tentang 'Islam tidak menghalalkan cara..Haram tetap haram'!

Salam ziarah ^_*

Unknown said...

cerita ini sangat lah terbaik!

Unknown said...

Maaflah, ana pun tak tahu banyak sangat, Macam awak cakap.. Matlamat tidak menghalal kan cara,samalah entry kamu, matlamat untuk stress on there no such things as Islamik Couple, Tapi bukankah keterlalun bagi menyamakn isu ini degan sekor Khinzir, Bukankah umat Muhammad itu sebaik-baik umat, wajarkah kita menyamakan sesuatu awrd yang allah bagi kat umat muhammad dengan seekor babi.. Biarlah kita berdakwah dengan hikmah bukan dengan nafsu.. wallahualam.. Maaf terlanjur kata, tiada niat hendak meningung perasaan ke ape.. Maaf dari hujung rambut sampai kaki..

mxr. said...

hehe..klaka sungguh..:)