Sunday 20 December 2009

Perjuangan Belum Selesai..



Bismillah arRahman arRahim..


"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tugasan melibatkan agama) kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu kerana mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"
[al-Ahzab: 72]


Alhamdulillah..segala puji hanya layak untuk Allah..hari ini saya ada cerita untuk dikongsi..

"Dengan kuasa yang masih ada pada ana, dengan ini secara rasminya, ana membubarkan SISWA AQ Zagazig sesi 08/09"

Alhamdulillah..kurang satu beban yang dipikul..apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi nakhoda kapal Akademi al-Quran Zagazig walaupun hanya selama setahun..

Act, setelah 2 bulan saya menghantar email kepada en. Shirajuddin ( peg. pendaftar AQ) untuk meletakkan jawatan, akhirnya baru semalam saya mendapat jawapan atas permintaan saya itu..kepada para peg. AQ, saya memohon jutaan kemaafan andaikata perletakan jawatan saya ini memberi 1001 masalah kepada anda..

sahabat- sahabiah yang saya kasihi sekalian

Sebelum meletakkan jawatan semalam, saya sempat untuk mengubah beberapa portfolio SISWA AQ yg saya rasakan sangat penting untuk meningkatkan kreadibiliti ajk SISWA AQ sendiri..antaranya ialah meletakkan unit perhubungan dibawah tugasan ketua, menggabungkan unit kebajikan dengan sukan, dan juga menggabungkan unit dakwah dengan akademik..

Saya merasakan bahawa perubahan portfolio ini sangatlah sesuai dengan kondisi para pelajar di Zagazig sendiri..saya bercakap atas dasar pengalaman dan perincian yang saya telah lakukan setelah setahun memegang portfolio sebagai ketua pelajar Akademi al-Quran Zagazig..cuma apa yang saya harapkan ialah kerjasama daripada muka- muka baru agar dapat menjaga keharmonian hidup di Zagazig..

Dengan erti kata lain, saya telah naik jawatan kepada penasihat..hoho..Insyallah saya akan cuba lakukan apa yang termampu untuk membantu..tetapi, saya sangat mengharapkan ajk yang bakal naik nanti memahami kondisi bumi Zagazig sebelum membuat apa- apa keputusan..dan sekiranya saya merasakan sesuatu program atau perancangan yang boleh mengganggu- gugat keharmonian hidup di Zagazig, saya tidak teragak- agak untuk menjadi orang pertama yang akan membangkang..

Cumanya, nasihat saya agar kita sebagai hamba Allah yang telah diberikan tanggungjawab ini janganlah kita merasakan bahawa kita sudah cukup hebat..



"Jawatan itu bukanlah suatu tashrif (kemuliaan) tetapi sebaliknya ialah suatu taklif (tanggungjawab) yang akan disoal kelak"

Oleh itu, janganlah kita terlalu seronok kerana beroleh jawatan umpama kera mendapat bunga..sangat berat sebenarnya untuk kita memegang jawatan ini..adakah kita yang Allah dah beri peluang dengan platform jawatan ini mampu untuk menjalankan amar maaruf dan nahi mungkar..sepertimana sabda baginda Nabi Muhammad SAW yang mafhumnya berbunyi:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran (maksiat), hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, hendaklah dia mencegahnya dengan lisan (percakapan/teguran), jika tidak mampu, hendaklah dia mencegahnya dengan hati (benci), dan itulah selemah- lemah iman"

Hadis ini perlulah difahami dengan mendalam..mana mungkin seseorang itu akan menggunakan kuasanya untuk mencegah kemungkaran andaikata dia sendiri tidak mempunyai kehendak dalam hatinya..oleh itu, perlulah difahami bahawa untuk mencegah kemungkaran, kita perlulah mulakan dengan hati yang kemudiannya kepada lisan dan jika kita mempunyai kuasa maka perlulah kita menggunakan kuasa yang ada untuk mencegah kemungkaran tersebut..

Janganlah kita menjadi orang yang kufur nikmat apabila kita yang memegang jawatan ini menjadi salah seorang yang menggalakkan kemungkaran itu berlaku..oleh kerana itulah jawatan menjadikan kita sebagai orang yang paling bertanggungjawab untuk kita menjaga diri kita dan kawan- kawan yang lain dari terjebak dalam perkara- perkara yang tidak sihat ini..ingatlah satu hadis nabi yang mafhumnya ialah:

"setiap orang ialah pemimpin dan kelak dia akan ditanya akan apa yang dipimpin"

Akhir sekali, marilah sama- sama kita berdoa kepada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan dan mendapat hidayah petunjuk daripadaNya..




"Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnattiba'ah, waarinal baatila batilan warzuqnajtinabah..[ya Allah, Engkau tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu suatu kebenaran dan kurniakan kepada kami peluang untuk mengikutinya, dan Engkau tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu suatu kebatilan, dan berilah kekuatan untuk kami menjauhinya]"

Wallahu 'alam..

10 comments:

AjMaL said...

yess...bukh dh bkn ketua aku...bole buli dia dgn lebih efisien tnpa segan silu...ya-ha~~~

mkhair said...

Salam WBT..
Pihak AQM melahirkan organisasi pelajar Siswa-AQ bertujuan untuk memberikan sebuah landasan dan ruang serta peluang untuk para pelajar memajukan serta meningkatkn nilai tambah dlm diri dalam persediaan menghadapi dunia pekerjaan, dunia realiti kehidupan yg penuh dgn tanggungjawab.. Ana faham keadaan enta, dan ana juga pernah merasakan perkara yg sama.. cuma pendekatan ana agak berbeza dgn tidak memegang jawatan tetapi memberikan sepenuh komitmen dan sokongan kpd organisasi yg memperjuangkan dakwah islami.. Semoga pendekatan tersebut menjadi nasihat kpd enta..InsyaAllah..
Ana berhajat nak bantu enta mendapatkn sumber tajaan, harap enta memberi kerjasama.. Wassalam. -Akhukum fillah, Abg Dino..

Anonymous said...

salam wbt..

bukhari,apa yg dimaksudkn dengan mengganggu gugat keharmonian masyarakat zagazig?adakah tidak menyertai program dpmz atau melaksanakan program selain dpmz dikatakan mengganggu gugat?

bagaimana mungkin kami adik2 dapat mencontohi sikap para ustaz yang bercakap seperti orang kuat agama,tetapi,contoh teladan yang baik tidak ada.bila jadi musyrif,nampak baik di depan,lepas tu,dibelakang,cakap2 pasal akhawat yang dimushrifkan.adakah ini sikap yang harus dicontohi para pelajar di sini?

ada rumah ustaz yang kami pernah pergi,ada parabola,mereka dengan selamba menonton sesuatu yang tak elok di tv mereka.adakah ini contoh yang kami nak ikut?

diharap selepas ini,bukhari dapat lebih mengenali ustaz2 dpmz.jangan lupa minta ustaz2 dpmz muhasabah sms2 dalam hp mereka.ana sering ke dpmz,kadang2 nampak ustaz2 sms pada "akhwt" syg2 dan ada juga yang tak sedap dilihat.lambat laun Allah akan buka juga.bagaimana kami mahu mencontohi mereka semua ini?

sebab itulah kami lebih bahagia untuk ikut program akademik al-quran walaupun banyak kurang dan cacat celanya.

-pelajar kecewa

Doktur Syeikhan said...

wslm..mohon maaf atas segalanya..act, ana pun x tau apa yg dikhabarkan oleh saudara/ri..insyaallah ana akan nasihat apa yg mampu..berkenaan dgn keharmonian zqzq tu lak..insyaallah awak akan phm sedikit masa lagi..cumanya utk pengetahuan, ana nk tegaskan disini, zqzq bukanlah seperti tmpt2 lain..hanay org yg hidup disini shja yg mngthui bnda2 yg boleh bt dan x leh bt dizqzq..maaf..

drustfaiz said...

satu lgi nk tanya... yg awk gi bca msg ustz2 tu pesal?? huhuhu... nmpak sgt awk mncroboh privasi diorg... apa2 pown ustz2 pown mnsia.. dlm dunia ne hnya nabi muhammad saw ja yg maksum.. sma2lah kta berpesan2 kpd kbenaran..

surah al asr..
1.demi masa 2. sesungguhnya manusia dlm kerugian.3.kecuali org yg briman dan bramal soleh, dan mereka pula brpesan pesan dgn kebenaran serta brpsan2 pd kesabaran..

drustfaiz said...

buat yg x brnama.. yg baik jdikan teladan.. yg jht jdikan sempadan...

Abdul Hadi said...

salam penakut...]
pakai la nama sebenar kalau nak komen orang lain,,,klau skatat nak provoke kat dalam blog ni baik x payah la weh,,
kalau da msalah p la sendiri jumpa pngrsi DPMz sendiri,, jgn main hentam blakang camni,,nampak PONEN la weh....

Anonymous said...

salam..

buat cam saya ni, cakap terus terang je kat ustaz aka pengerusi @ org2 yang ditaklifkan sebagai pemimpin ni..

bukannya diorg nak makan orang pun

dunia2.. haih~

Anonymous said...

assalam..

aku pun stuju sgt la dpm bt prubhn..dlu,ust dpmz ada yg gatal jd abg angkt..lps tu mcm2 lg citer yg tak beshh..

call bbdk ppuan pn ade.yg nk ngorat pn ada.kat fs,kat fb,belambak2.mcm mne nk respek dgn ustaz dpm..kat dpn ckp islam,tp,blkg,Allah jer yg tahu..

klau nk sbut satu2 nama ust dpmz yg bt cemgitu,blh jer..cuma tk nk aibkn ssape..

bertaubat ler..

Anonymous said...

jangan sibuk2 nak cari keburukan orglah!

tengok diri sendiri dulu..

dah cukup syarat nak masuk syurga??

stakat nak komplen sumorg boleh buat, tapi knape x tegur je terus?

apapun, muhasabah buat semua
"lisaanul haal afsahu min lisaanul maqaal"
"kun hafizan lil 'ilmi walaa takun rowaahu"

n buat yg suka komplen keburukan org,
"unzur ila maa qaala walaa tanzhur ila man qaala"


adios~

Wallahu 'alam